Tuesday, May 24, 2016

Orkid is TWO years old! :D

Assalammualaikum.


Lama tak update pasal Orkid. 13 Mei lepas, dia dah 2 tahun! Yeyy!! Mama doakan Orkid jadi seorang anak yang solehah, gembira selalu dan sihat sentiasa. Kami  tak buat majlis jemput kawan-kawan, sebab nak save bajet hehehe, itu pun berapa kali fikir nak buat ke tak. Jadi kami buat party of 3 je lah sebab last year tak sambut pun. Baba belikan Orkid bantal Hello Kitty besar tu, mama belum bagi lagi tunggu gaji ya. Belanja gambar sikit. :)

Mula nk order kek Hello Kitty tp tak jadi, beli dari Baskin Robbin je. Tapi cantik!



Sayang mama baba!!
Bawa anak dara ni jalan-jalan pakai baju baru.


Update Orkid setakat ni, dia dah faham mama baba cakap dengan dia. Kalau minta ambilkan barang ke, mintak simpan mainan ke apa ke dia faham dan buat. Dia pun boleh bercakap tapi certain words saja kami faham haha yang lain tu kami belum dapat tangkap lagi. Kadang-kadang kesian juga dia nak bercakap tapi kami tak faham. Yelah, nak aiskrim tapi cakap aakwim. Tu okay lagi, ada yang kami tak faham langsung. Kikiki..takpe la sayang nanti belajar lagi. 

Sebenarnya birthday dia hari Jumaat jadi kami belikan kek untuk dia bawa ke school. Bukan main seronok lagi siap nyanyi lagu birthday, pakai dress cantik. Esoknya hari sabtu baru kami sambut bertiga. Haa siap tak bagi dia keluar bilik lagi. Mandi wangi-wangi, pakai cantik-cantik, keluar bilik je ada belon dengan kek semua. Suka tengok dia happy. Berapa kali makan kek tu. Fuh. Takpa sekali sekala mama kasi can. :)

Orkid celebrate birthday kat taska.

Tak sangka dah 2 tahun! Sekarang ni proses wean off, mula-mula dia ada cuba jugak tapi mama rindu lepas tu so mama tangguh kejap. Hahaha. Tapi kena wean off jugak tau Orkid, nak bagitau sebab kat sini pun malas. Anak semua orang lain-lain pe'el nya. Hee.

Happy Birthday Orkid Jameela!!

No comments:

Post a Comment