Thursday, January 15, 2015

Masel Tu Muscle, btw.

Assalammualaikum,

Ohoi pemalasnya nak update. Janganlah malas pls. Ni semua sebab phone Samsung ni tak boleh transfer files. Kena pakai bluetooth andddd cuma ada kat iMac husband. By files I mean photos.

So harini pergi klinik for self checkup. Why? Sebab dah 4-5 hari sakit badan terutamanya kiri badan. Lebih spesifik, bawah tiak. Ingatkan boleh tahan, rupa-rupanya makin sakit pulak dan paling teruk bila baring. Nak pusing tu perasaan sakitnya macam pregnant 9 bulan cuba nak alih kedudukan. Ha macam itulah saya explain kat doc tadi hehehe. Batuk pun sakit, sedu lagilah berkali-kali sakit. Duduk ofis memang tak selesa, balik terus nak baring tapi baring lagilah jashvdcjhascjhsb. :(

Soalan pertama doc, ada lump tak? Do you want me to check? No...tak kot...dah check semua okay. KOT. Need to recheck. 

Ada jatuh ke? Langgar apa-apa? NO.

Ada angkat barang berat?

.
.
.
.
.
Angkat baby selalu pakai tangan kiri.

Ini masel ni...masel...

Wow Orkid, really? Tapi mama suka angkat Orkid pakai tangan kiri, and I love using my bare hands. Carrier husband je pakai hehehe. Tapi iyalah dia membesar, dan mama dia pulak tulang > lemak.

Hm, TBH I don't know. Is this possible? Masih risau and akan buat checkup lagi tapi sementara waktu ni kena dukung tangan kanan lah dulu. Ubat tahan sakit ke apa tak disarankan sebab still menyusu. I don't even know her weight now, next month baru check. Tapi apa-apapun mama kena cuti sat angkat Orkid lama-lama. Baba kena tolong mama heheheheehehhehe xoxo.

Okay kena sambung kerja babai.

Friday, January 2, 2015

2015.

goodbye 2014!

2014 got me fat. fat as in lemak.

2015, my plan for you is well, I don't really have any major plans. bahahah! I'll just go with the flow. tapi semestinya I'll bother less about certain things. :)

okay malas taip please.

Thursday, December 18, 2014

Orkid Demam Panas.

Salam.

Minggu lepas Orkid demam 5 hari. Kesian anak mama huhuhuhu... T__T
Mulanya ingat demam biasa ja, so main tepek ja la ayaq asam jawa sebab selalunya esoknya dah okay. Tapi rupanya tak, menjelang malam, suhu badan dia piuuuuuuuuuu naik sampai 38+ , merengek ja selalu, senyum takmau, kemam tangan mama dia pun takmau wuwuwu...lain sangat sikap dia, mandi pun nangis and sangat clingy...nak peluk ja. Kesian tiaw. 


Budak demam kena balut dengan lampin lembab. 

So kami decide pergi klinik. Mula-mula pergi klinik swasta tengah-tengah malam tapi the next day kami pi klinik kerajaan pulak.  Ala KK yang tempat orang checkup pregnant tu. Ok jugak, sama ja macam tunggu kat swasta cuma bezanya bayar RM1 ja. Kami ada la bagi ubat swasta tu sikit sebab kalut sangat dah tengok panas sangat. Lepas 30 minit macam tu dia sihat teruih happy macam biasa tapi pagi tu zasssss panaih gila badan dia. Takmau bagi dah. Sorry Orkid.

Ala tengokla muka dia. Penyek ja. 
Baca buku pastu tidoq. 

Kami pi KK hari ke 3. Doc ambik darah dan cakap suspek denggi. Mana tak cuak? Awuwuwuwuwu teruih rasa nak makan ketam hidup-hidup. Punya padu dia punya risau tu. Doc suruh datang lagi hari ke 5. Mana boleh...lama sangat...kalau betul denggi takkan mama baba dia nak goyang kaki hari ke 4 tu? 

So hari ke 4 ya muka kami lagi kat sana. Ambil darah lagi. Kesian baby menangis sampai sedu sedan. Lama sangat cari urat dia sebab tangan gebu sangat haha. Kali ke 2 ambil darah, terus check denggi atau tak. Sementara result belum keluaq kami beli ketam la boleh buat sup. Siap cakap kat Chip, "Saya nak makn supppppppppppp ja 2-3 hari ni. Jangan tanya dah nak makan apa." HAHA! Bila dapat result, Alhamdulillah negatif denggi. Time tu, walaupun badan dia panas, kami dua orang boleh la senyum sikit. (sambil kepala dok pikiaq mampuih la kena makan sup ketam 3 hari)

Ololo... :(
Malam tu lepas bagi minum, makan (selera dia still okay alhamdulillah), Chip tanya, "Nak try bagi zam-zam?".."Ha boleh." Surprisingly, lepas tu dia tidoq sat dalam dakapan mama dia, berpeluh-peluh kepala dia, bangun ja demam terus kebah. Sat ja!:O

Lega tak terkata walaupun dia masih merap dengan kita. Esoknya dia dah ok sikit, tapi naik ruam pulak dah...dari badan, ke leher, last-last naik ke muka. Tengokla muka dia ni.  Ingatkan demam campak rupa-rupanya ruam yang naik lepas demam panas...tanda nak baik...doc bagi ubat tapi tak bubuh pun takpa dia kata. Nanti baik sendiri. Overall dia kata ini cuma viral fever. Tak ada ubat untuk viral fever, baby kena lawan sendiri with her antibody. Kalau bagi ubat pun sekadar untuk control temperature dia. 

Dotdot
Tapi sekarang alhamdulillah dia dah sembuh sepenuhnya. Seminggu jugaklah dia demam+rashes. Baik ja dari demam Orkid dah boleh duduk sendiri, anddd dah tumbuh gigi! Comey ja secoet kat belah bawah. Hihi. Ni gambar terbaru Orkid. Dah boleh senyum. Yang dia pegang tu kawan baik dia si Aktif hahaha...

Beli mainan mahal-mahal tapi dia suka main botol air mineral lagi

Berbalik kepada sup ketam, saya makan sekali dua ja. Lepas muntah kaw-kaw, takmau dah. Hehahehehe...Bersambung pulak mama dia pulak tak sihat sampai harini. Orkid jaga mama pulak okay? :)

Thursday, December 4, 2014

Syukur Alhamdulillah

Assalammualaikum,


Good morning!

My mornings. Bila-bila masa rasa ada yang kurang dalam hidup macam duit, kereta yang tak pernah tukar dari zaman kolej, tak sempat grad sebab kolej lingkup, tak shopping (well, tak minat shopping sangat)...bila terpandang anak, rasa beruntung sangat. Rezeki kami sekeluarga paling besar dan berharga, anak kesayangan ni lah. Orkid ni tak banyak meragam, sangatlah jarang meragam. Paling teruk pun kalau mengantuk sangat-sangat. Tu pun agaknya sebulan sekali meragam macam tu. Selalunya dia happy macam ni lah.

Bangun pagi terus sengih-sengih. Kalau jalan-jalan dia diam je happy, kalau dah bosan sangat baru teghiak. Dari kecik dah diajar, kalau baby nangis, jangan biar dia nangis lama-lama. Saya tak tahu lah cara orang lain, tapi Orkid ni agak nya dah biasa dan tahu dia akan dilayan, so dia jarang menangis suka-suka.  Dia tunggu je sambil senyum-senyum. Tak perlu menangis mintak susu, mama dia on standby selalu. Kat pengasuh pun selalu dapat susu on time.

Kalau lepas berak lagilah happy.

Alhamdulillah bersyukur sangat dengan anugerah Allah yang tak ternilai ni. Terima kasih suami tercinta sebab ada jaga kami berdua. Terima kasih sebab selalu bagi happy masa pregnant, sebab tu baby pun happy je selalu kot. Hehe. Kita jaga keluarga kita sama-sama. Mama nak jadi ibu yang baik untuk Orkid, amanah Allah paling utama. InsyaAllah.

Our pretty princess, Orkid Jameela.

Monday, November 24, 2014

Forever Alone

Salam.

Kadang-kadang bila tengok hp sendiri, mesti terfikir, "Buat apa ada handphone mahal2 kalau setakat fb/instagram. Handphone bukan asalnya untuk call/sms ke?"

Sebab dari dulu sampai sekarang, boleh kira dengan jarilah berapa kali handphone ni berdering. (dering, lols) paling sakan berbunyi masa couple je lah, sebelum tu dan selepas memang tak ada. Kira zaman dulu kredit tu sentiasa ada atau lagi best, tarikh dh luput tapi kredit banyak lagi. Juga membuktikan bahawa tadak sapa nak ber-sms dengan iols ni. Sad.


Sekarang dah kahwin, lagilah tak ada. Kalau suami tak sms/whatsapp, sunyi habis. Yelah dah mengadap depan mata hari-hari. Ada lah kadang-kadang dapat whatsapp, tapi group chat yang sangatlah jarang saya join, atau dari kawan-kawan nak invite kenduri/gathering. Kalau saja-saja tanya khabar, sangat jarang. Bukan salah depa pun, saya sendiri pun anti social jugak sekarang ni. Ye lah, life sekarang bukan macam dulu dh. Mana boleh suka-suka nak tinggal suami/anak kat rumah, nak keluar sana-sini dengan member, kesian suami/anak. No no tak boleh. Tak tahulah kalau hampa jenis sempoi sukahati keluar macam dulu-dulu. Zaman moden la katakan.

Social media? Twitter? ADA. Of course ada tapi samalah, mana aktif macam dulu. Siap uninstall dari hp sebab takut terleka time kat rumah. On kat pc ofis je. Nk gosip dengan kawan-kawan? Hm. Tak minat jugak. Kang last-last mengumpat orang. So dok diam makan kacang je lah. Paling best pun kalau cakap pasal anak ehehehe very the mak-mak.

Facebook? Ini paling aktif. Haha. Sebab ini je tempat yang ada kawan. Sedih bunyinya kan? Sinilah mula rapat dengan husband. Walaupun dah lama kenal. Dulu bolehlah nak huha dengan ramai orang, sekarang sendiri up status sendiri gelak. Lepas tu muka anak je penuh timeline. Tapi entah kan, tak perlu ambil serius sangat benda-benda online ni kan. Back to reality jom. 

Nasib baik ada Orkid. Tapi Orkid kat pengasuh sekarang. Ni yang mama dia royan kejap. :(

Thursday, November 20, 2014

Trying Out A New Product

Salam. 

Minggu lepas pergi baby fair kat KLCC. Babyfair terbest sekali opkos KLCC sebab luaihhh dan selesa, tak macam venue lain. Bila dapat tau ada babyfair kat sana, maka kami laki bini pun bersemangat nak pi sana. Walaupun takdak apa nak beli.

Tapi cerita dia bila sampai sana, ada la booth-booth dok panggil-panggil la kan. Standard la orang meniaga. Selalu kibaih-kibaih tangan cakap, "takpa thank you.." tapi Chip dia haritu dia pasepa taktau dia pi tunjuk kat bini dia bila orang satu booth ni nak demo barang. Salah dia kat situ sebab bini dia jenih susah nak say NO kat promoter. T__T

Takpa, kita dengaq pa dia cakap pehtu blah la no thank you. Plan baik punya. Ehem.

Sekali promoter tu pi basuh tangan kita, potpet segala...haih, sedap pulak kena basuh dengan benda ni. Tapi...kami dh bajet-bajet so tak boleh beli apa-apa.  Tapi, best... :( Masa tu promo 2 bekas besaq tu dapat la 1 free kicik. Chip kesian kot tengok  bini dia (and dia pun rasa benda tu best jugak) hehehehe so beli hat kecik ja la. Oklah tu suami beli, takmau jadi macam kes Mah tu hehehehehehehehehhe amboi panjang hehehehe dia.

(kemain panjang intro)



So this is the thingamajig!


L'clair Sea Salt with Ginger Root Oil & Lemongrass.
(France Product Solution For Dead Skin)


Bought this at RM60 (small size). Apa yang best? Tekstur dia best, bau dia sedap gila. Bau serai, halia sikit. Rasa masin. Aik boleh makan ka? HAHAHA dak eih tapi terkena mulut sikit masa pakai. Masin macam air laut. Promoter tu kata boleh pakai kat muka sekali. Kinda like scrub but more to sabun sebab boleh pakai hari-hari.

Dipakai untuk clearkan stretch mark, ketatkan perut, hapuskan edema, (copypaste dari brochure pless) tapi saya pakai untuk buang kulit mati kata pun sea salt kan. Agaknya berapa banyaklah kulit mati kat saya ni yang belum dikebumikan sobs. Anywho, banyak khasiat garam laut ni kalau tak percaya sila google sebab I iz malas googlekan hehehe. Oh ya saya siap tanya promoter tu, untuk perut gendut boleh ka hahahahha ermmmm and she said yes! Yay tummy this is your new best friend! Hahaha! Walaupun tadaklah gendut sangat kan tapi well, perut orang bersalin kan. Ehem. Mana ada sehensem dulu dah.

*peruit terkeluaq sikit ni pun control*

Tapi yang penting tekstur dia memang best, once sapu kat kulit rasa lembut sangat tuink tuink and we will definitely smell like lemongrass. Oh ya, this is ALL NATURAL product, so no worries. Nak beli yang besaq tak kesampaian so buat masa sekarang habiskan hat ni dulu, pastu beli hat besaq. Kalau berterusan okaylah. Ofis depa kat Melaka, nasib baiklah sebab kampung Chip kat Melaka hehehe. Habislah tiap bulan standby duit untuk benda ni ja.

Hasil pemakaian benda alah ni? We'll see after few weeks okay! :D


TOODLES!


Tuesday, November 11, 2014

#babyorkid is turning 6 months!


Salam,

Yay she's turning 6 months! Dah boleh makan!

Nervous okeh. Terabur dah fikir nk beli barang-barang untuk dia makan. If only I can simply feed her with pinggan mangkuk sendiri but noooo....cannot. Makanan dia nak kena steam, blend, and pretty much semuanya kena monitor. Tak boleh suka-suka. No sudu besi like we adults use. I iz nervous especially when I'm the one yang kena prepare makanan dia dan kena pasang shield so orang lain tak sumbat makanan lain. Fussy for 2 years, why not? Later on we go pizza together ok baby?

Disebabkan cuma berapa bulan ja dia perlu makan puri, saya tak belilah benda alah buat makanan baby yang mahal2, walaupun asalnya memang nak yang Avent tonggang terbalik tew. Ikut nasihat kawan-kawan dan kajian (thank you google!), I've decided, pakai blender serbaguna, steamer periuk nasik sudeh. hewhewhew. Semoga mama Orkid cekal dan kental dan cantek.

Shake and Take V3
Ni hadiah pemberian kawan Chip masa melawat baby dia minggu lepas. Bini dia yang bersalin, kami yang dapat hadiah. T_T So for now, nak cuba pakai yang ni. Kalau okay tak payahlah beli blender yang kami plan nak beli tu. This one kalau beli RM55 ja hehehe boleh sms/whatsapp 0132873855. (saya tak jual!)

Jadi untuk permulaan, ingat nak bagi puri sayur dulu. Ke buah? Eh? Oh man. Nak kena fikir balik. Nampak tak nervous dia? Lagi satu sebab nak kena sediakan bekal kat pengasuh. Harap-harap dia tak rasa fussylah nak panaskan ka apa sebab senang ja kot prosedur penyediaan makanan baby ni. I already told her, "Makanan Orkid nanti saya bawak. Bagi yang saya bagi je ok kak? Hiks."

Okla nantilah sambung. Nak balik kerja dah. Nanti lepas kerja nak terus pergi cari sudu pinggan dia. Baru nak cari ha ha ha I'm so funny. -__-

Toodles!