Friday, April 24, 2015

Orkid dah nak setahun. :O

Assalammualaikum.

Lama tak update. Malas punya pasal. Huahuahua. So marilah update pasal baby Orkid.
Orkid dah 11 bulan lebih. 


1- Orkid belum boleh berjalan sendiri. Dia boleh berjalan tapi kena pegang sofa ke..kerusi ke...haaa lepas tu sengih sorang-sorang. Dia merangkak pn start 11 bulan tapi serentak dengan berdiri. Kira masuk ja 11 bulan macam-macam skill dia dapat.

2- Suka makan. Dia makan lunch bubur nasi, petang makan buah (still puri sebab mama baba terlebih rajin), malam bubur nasi. Nampak ja bekas makan dia mulalah bergegas datang. Start 7 bulan dah tak blend bubur sebab dia suka kunyah. Alhamdulillah.

3- Suka minum air tapi nak pakai cawan macam orang besar,. Ha takpala janji dia minum air kosong. Lately berak pun 3 kali sehari. Good girl!

4- Still DL dengan mama even jalan-jalan. Kat rumah memang tak ada botol. Kat rumah pengasuh ja ada botol. Masuk setahun plan nk bg fresh milk.

5- Dia ada satu doll kitorang panggil Dolly. Nak dia bg nama sendiri nanti. Kalau nampak doll tu dari jauh dia dah jerit gugurl2 macam jumpa bff lepas tu datang nak hug doll tu.

Cara Orkid kiss mama baba. Haha.

6- Suka memanjat mama n baba. Adil pulak tu. Lepas datang kat baba, nanti dia datang kat mama...ulang-ulang. Kalau datang kat mama lama-lama tu ha nk susu la tu.


7- Timing tidur masih sebelum 12am, bangun dalam pukul 7am, main2 kejap...pukul 8am+ dia akan mintak susu untuk tidur balik. Dah tahu dah timing makan minum dia. Bijak betui.

8- Tak boleh kena tinggal sorang. Nanti meraung bergegar satu rumah. Tapi bila nampak orang datang terus stop nangis n tatatatatata balik macam tak ada apa yang berlaku.

9- Orkid ni kalau dia jarang masukkan bendasing dalam mulut. Kalau kitorang tengah makan pun dia tak kacau tapi buat muka kesian atau buat kunyah-kunyah invisible food. Masa ni la kena bagi mainan atau buku kat dia. Suka betul baca buku. Pagi beli magazine, petang dah koyak rabak. T__T


10- Suka sangat orang melayan dia. Kalau nampak budak-budak, lagilah dia happy.

Ha cukuplah buat masa sekarang. Ni muka paling latest.




Toodles!

Tuesday, April 7, 2015

Sabar.

Assalammualaikum.

Saya ni pemarah orangnya. Masa sekolah rendah, kawan-kawan tengah bercakap tentang apa yang patut kami berubah. Ada yang kena kurangkan jerawat, kurangkan berat, saya pulak orang suruh kurangkan marah. So saya sekarang memang tak marah, kerjanya asyik merepek, gelak-gelak, kurangkan tarik perhatian dari orang etc. Tapi, jangan ambil ringan dan buat saya marah. I will defend myself at some point. You might see me as weak, but you wouldn't want seeing me mad. 

Thankfully the angry side of me dah balance dengan my maturity. Thank you sabar! Lol!!

Thank you for the 'LOL'!! See kan dah tak jadi post marah-marah.

Okay Imma go weewee now.

Wednesday, March 11, 2015

Soalan Cepumas Sepanjang Membesarkan Orkid

Assalammualaikum.

Orkid dah hampir 10 bulan. Lagi 2 hari to be exact. Sepanjang ada Orkid ni ramailah yang tanya soalan-soalan common macam mana saya besarkan Orkid. Ok sini saya listkan soalan dan jawapan. 

1. Orkid tidur sendiri atau kena dodoikan?
Kena susukan. Tak dodoi. Baba dia saja yang pandai dodoikan. Haha. Tapi kalau mengantuk sangat dia tidoq sendiri jugak...lately dia suka lentok kepala kat mama dia, ala-ala bantal gitu.

Ha ni la pesen Orkid berbantalkan mama. Berbantalkan kaki, tangan, perut janji berbantalkan mama. Mulut comot sebab makan prun. Esoknya berak berbundle-bundle. 


2. Naik buai tak? Cot?
Masa pantang tidur buai sebab asyik melekap dengan mama dia. Kalau letak confirm nangis. Tapi lepas pantang dia takmau buai dah. Dia suka tidur bawah. Kalau malam-malam tidur satu tilam dengan mama dia (mama tidur sopan santun seketul dari kecik so tak ada masalah). Kalau terjaga cuma susukan secara mengiring atau bagi lengan kat dia, nanti dia peluk macam bantal n sambung tidoq.

Kalau dalam kereta, saya kena susukan dia dulu..lepas tu pindahkan dalam babyseat. Plannya bagi susu sebelum masuk kereta...tapi..
...satu ja ...bila dia dalam carseat, kalau dia tiba-tiba nak susu kami mana nk tau. sebab dia tak bg hint clear sangat bila nk susu. sama ja dia nangis. so ni teghiak untuk susu atau takmau dok carseat cuba teka? kami pn taktau yeyy!!! nak taknak kena la susukan dia jugak dalam kereta. sanggup ka tengok anak nangis lapaq sepanjang perjalanan, RnR lagi setengah jam? tak kot. lainlah kalau bagi botol.

oh btw hasil kajian mendapati masa ni dia nk tidoq...bagi susu terus zzzz. lepas tu pindah carseat tidoq 2 setengah jam. DUA SETENGAH JAM.

3. Suka digendong?
Biasa ja. Tak mintak-mintak didukung. Mak bising jugak dulu sebab selalu tak letak dia kat bawah masa pantang tapi alhamdulillah Orkid steadyyyy...

4. Selalu menangis tak?
Nope. Masa pantang mak ajar kalau baby nangis, jangan biar dia nangis lama-lama nanti dia terbiasa. I follow ja...hahaha. Masa pantang tiap kali dia nangis mesti saya angkat. Tak sempat nak panaskan enjin hahahaha.

Happy baby.

5. Walker?
Walker kat rumah pengasuh saja...tu pun start 8 bulan. Kalau tak dia akan mengesot ke seluruh pelusuk rumah pengasuh. Mula-mula tak bagi tapi takpalah kat rumah pengasuh ja pn. Herr...

6. FM?
Kat rumah pengasuh saja...kalau dengan saya 100% direct feeding. Saya tak pam dah sejak masuk berapa bulan entah sebab pam rosak. Tapi alhamdulillah Orkid kenyang yey. Yang penting hari-hari minum air masak banyak-banyak kat ofis balik terus df baby. Nescaya kenyang terlampau sebab bengkak kahkahkah.

7. Kalau makan kat luar macam mana?
Babychair! Dulu dia takmau sebab kami tak ajaq...bila masuk 5 bulan barulah kami gegeh letak..nangis lah budak tu. So kami bagi dia biskut tiap kali masuk babychair...lama-lama dia ok. Kalau dia boring sangat dia mintak angkatlah. Benda kena ada kalau dia start bosan, bagi dia menu. Hahaha.

Ya menu. Sampai satu masa nanti dia akan campak menu ni sebab bosan order tak sampai-sampai.

8. Carrier/stroller
Both. 
Weol pakai Ergo. Hiks. Baba ja pakai. Mama tak feel la pakai ni. Haha.

9. Bedak? 
Tak boh bedak...bau baby ada lagi walaupun dh 10 bulan. Letak krim BUDS saja.

Banyak kedai dah stop jual yang ni. Huuu...kena menjelajah semua mall baru jumpa.

10. Orkid dah start makan? Bagi nestum? Ada alahan?
6 bulan. Orkid cuma makan makanan mama dia buat tiap hari. Bubur blend sampai 7 bulan saja. Setakat ni alhamdulillah tak ada alahan, telur pn dah bagi. Dia cuma tak boleh makan cous2 sebab sembelit. 

Yey berjaya ajar dia minum ayaq masak banyak-banyak. Minum please so tak payah sembelit.

Orkid minum pakai cup ni. Tak senang tumpah.

11. Makanan travel macam mana?
Hui ni kami dok struggle lagi sebab cous2 dia tak boleh walaupun dia suka. Haha!

12.Kesihatan dia macam mana?
Alhamdulillah dia jarang sakit. Kalau demam kami letak kain+air asam jawa...esoknya okay dah. Kalau dia batuk/kahak, kami buat rawatan stim, mandikan dengan air lemon. Bagi kasih sayang...cewah!

13. Dia tak cabut nooo kalau pakai topiiii
Hahahaha ni soalan apa taktau..ha dia okay ja pakai topi ka apa. Takdak tips. Sekian. HAHAHA.


Ok setakat ni tu ja soalan terlintas dalam kepala yang selalu saya dapat. Sekarang saya mahu pergi toilet dan bersiap untuk balik rumah. Ada apa-apa soalan boleh tanya InshaAllah saya jawab. Tapi janganlah soalan untuk 10 bulan ke atas hahahahaha. :p

Tips paling best : Masa baby dalam perut rajin-rajinlah berpesan kat dia, dah keluar pun pesan jugak. 

Kbai.

Monday, February 23, 2015

Random.

When I was a kid I remember wanting a part of my sister's cupboard since I don't have any place to put my things. One day I went to her room to found out that she put her things in that specific drawer. I got really disappointed but actually, that is the point when I started telling myself, "No worries, you will get something better. you just have to WAIT."

Sampai sekarang saya percayakan ayat tu...and I did get something better, and better, and wayy better. Walaupun beberapa tahun kemudian.

What I'm saying is, Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Mungkin bukan rezeki kita sekarang, tapi percayalah rezeki itu ada. Malah lebih baik. Kita cuba yang terbaik, berusaha and oh yeah, jangan buat jahat. Haha. 


p/s: Saya nak sangat laci tu sebab saya tak ada bilik, saya tidur di ruang tamu sampai umur 20+. Laci je pun tapi iyalah, teringin jugak nak ada 'ruang sendiri' walaupun sebesar laci. :p

Wednesday, February 18, 2015

Art Class For Kids


My husband will be teaching kids 4-12 years old. Jom join! :D
Any enquiries please call the number stated. :)

Monday, February 2, 2015

Lemon Cheese Cake

Assalammualaikum.

Ahad lepas, ada perjumpaan keluarga di Bangi sempena ibubapa mertua ke Umrah (harini)...soooo kami plan buat kek! Saya suka buat kek! Plus, ada mixer baru pemberian bos Chip. Dah lama teringin mixer tetiba ada peluang haruslah meroyan di dapur ya. 

Sebelum ni selalu buat chocolate cheese tapi disebabkan dapur rosak so leceh sikit kalau nak cairkan coklat. Kalau nak buat bread pudding atau gula hangus dah biasa sangat hokkey boleh muak dan tak ada variasi langsung asyik bread pudding ja hahaha lama-lama muka pun jadi bread pudding. 

Akhirnya kami berkeputusan buat Lemon Cheese Cake! Meh nak bagi resipi with a little adjustment lah sebab haritu ada komen 'terlebih lemon' haha. Sorang ja komen terlebih lemon yang lain cakap perfect dah. So terpulang. :)

Bahan-bahan:
2 blok keju Philadelphia
Biskut Marie
2 sudu mentega (saya pakai planta)
1 sudu kecil perasa vanilla
3 biji telur
2 sudu tepung gandum
1 cawan gula (cawan biasa bukan mug kalau takmau kencing manis)
2 biji lemon

Cara:

*sediakan lemon, parut kulit lemon. kulit sahaja, takmau sampai kulit yg putih tu. kalau masuk jugak yg tu nanti kek jadi pahit. kalau nak kek pahit, ha masuk terus sekali dengan bijik pun ok hahaha. perah lemon tadi campur dengan kulit yang diparut tadi. ok letak tepi dulu.

1- Biskut Marie tu blend, berapa banyak tu terpulang nk berapa tebal base kek tu.
2- Cairkan mentega dalam oven. 
3- Campurkan mentega cair+biskut hancur tu, tekapkan ke loyang biar raaaaaapat lepastu simpan dalam fridge. Ok biar dia dalam tu sembang-sembang.
4- Next, masukkan keju dalam mixer, adunkan sukahatilah sampai lembut. Sebenarnya soft cheese lagi senang sebab dah lembut tapi malas nak cari hahaha jumpa yang blok ja.
5- Masukkan tepung, gula, perasa vanilla. Blend sampai sebati.
6- Masukkan telur dalam mixer ONE BY ONE. Lepas masuk satu, adun~then satu lagi..sampai cukup 3 biji.
7- Masukkan kulit lemon+jus lemon tadi. (nampak macam sikit tapi percayalah semalam buat, rasa lemon tu memang kuat so tak payah gigih sangat parut nanti menyesal. 2 lemons should be more than enough.)


Ooops sorry bersepah sebab excited bukak semua dari plastik hehe

Okay! Keluarkan loyang dari fridge tadi. Saya pakai loyang springform sebab senang nak tanggal n kek tu jadi cantik.

Loyang Springform
Next, bahan-bahan yang dah diadun tadi surrrkan atas biskut tadi...

Keliling loyang tu aluminium foil.


8- Bakar 150 darjah celsius, 50 minit.

Oh lupa nak cakap, masa tengah bake ni, saya guna kaedah waterbath. Meaning loyang tu letak dalam satu lagi bekas ada air panas. Tak ada gambar pulak hehe.

Dah habis 50 minit tu, keluarkan bekas dengan air panas tu, biarkan kek dalam oven untuk beberapa jam supaya kek tak tanjat boboi dengan perubahan suhu. Lepas tu simpan dalam fridge. Esok pagi boleh bedal. Tu pun kalau buat malam lah. Ini rupa kek lepas tanggal dari springform. Kan dah cakap, cantik! Tak sempat beli buah ka apa nak hias so plain saja...

Kek dah siap, perut family pun happy.
Sekian. Dah siap bolehlah sambung berguling dengan baby. Oh ya terima kasih kepada Chip sebab tolong buatkan base kek. Dia nak tolong awal-awal katanya sebab ada game bola malam tu. Ok faham.

Toodles.

Wednesday, January 28, 2015

Namanya Orkid Jameela, bukan Orked.

Salam.

Orkid Jameela Ahmad Marzuki.

Sebenarnya nama Orkid ni lain masa dalam perut, I wanted Aisyah, Chip nak Medina. So Aisyah Medina...siap dah sebut-sebut masa dalam perut hiks! Tapi as uol can see, tiba-tiba ramainya la hoi yang pakai nama Medina. Siap terjumpa kedai headband tu nama anak dia Aisyah Medina. CANCEL.

Bak kata Chip, anak dia kena nama rare sikit. Saya pulak play safe and sweet hiks.

Selalunya perempuan yang excited pasal nama baby tapi nope, Chip yang hari-hari godek nama untuk bakal anak dia. Google segala website nama-nama Islam, nama Parsi India Cina Bangla semuaaaa kalau boleh dia nak usha. Ada sekali tu dia pi cari start dari huruf X. X? Padia? Xylophone?

Xylophone bt Ahmad Marzuki

So pada suatu hari tu masa saya tengah macam biasa main facebook heheheheh...ternampak gambar satu baby ni cantiknya namanya Anggerik. Cantik kan nama tu. Anggerik Medina, tettttttttt Medina lagi haha. So saya laju-laju tunjuk kat Chip and abianngggg sedapnya nama diaaaaaaa...abianggg hahahah no not really tadaklah macam tu. Geli geleman. Tengah dok kata budak tu comey tiba-tiba tertaip Orked? How about Orked? 

Chip : "Orked boleh! Sedap! Tapi...Orkid boleh tak?"

Kerut kerut dahi. Ha kan hampa pun asyik dok Orked kan? Semua ni minda! Minda! Asal nama ja kena Orked, bukan Orkid. Samala kita masa mula-mula tu. Tapi lama-lama boleh terima. So nama Orkid dipersetujui kedua pihak. Setelah bertukar ganti nama belakang tu, Chip nak sangat nama Jameela tu. Boleh ja boh Medina tapi takmau sama dengan orang lain. Jameela it is.

Oh ya pada yang tak tahu, Orkid tu Anggeriklah! Cantik bunga ni. Ada macam-macam karewr.

The beautiful Orchid

Lepas bersalin dalam 7 hari tu nama dia bukan Orkid Jameela lagi...Orkid something else tapi cadang tak mau bagitau orang lagi...nak ikut sunnah..tapi bagitau family jugak gagagaga tapi takpa, kita percaya family kn? Tapi sehari dua nak masuk hari ke 7, tukar kepada Orkid Jameela. Sangat last minute. Masa ni kena teguh pendirian dan terus register sebab kalau lambat register kena denda. You see kita ada 9 bulan pilih nama anak tapi bila dah keluaq mulalah gegeh ada senarai baru. Haahaha. Tolonglah setuju dengan pernyataan ini. T_T

Jameela : Beautiful, Graceful, Lovely :)

Jadi itulah al-kisah nama anak saya yang kini berusia 8bulan+. Orkid nanti kat sekolah takmau nama Jemila, Jamie, Jem Strawberry, Traffic Jam ka apa na. Nama Orkid dah cukup stylo ni. Hahaha tak sedar diri nickname sendiri Beto. Hahahaha hempuk kepala dengan kamus dewan sebab kamus dewan banyak pengetahuan. Hahahahahaha please stop typing and get to work Beto.

Okay sebelum mama naik royan nah belanja satu gambar muslimah comel anak baik ni.

My beautiful baby Orkid. :)