Monday, February 23, 2015

Random.

When I was a kid I remember wanting a part of my sister's cupboard since I don't have any place to put my things. One day I went to her room to found out that she put her things in that specific drawer. I got really disappointed but actually, that is the point when I started telling myself, "No worries, you will get something better. you just have to WAIT."

Sampai sekarang saya percayakan ayat tu...and I did get something better, and better, and wayy better. Walaupun beberapa tahun kemudian.

What I'm saying is, Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Mungkin bukan rezeki kita sekarang, tapi percayalah rezeki itu ada. Malah lebih baik. Kita cuba yang terbaik, berusaha and oh yeah, jangan buat jahat. Haha. 


p/s: Saya nak sangat laci tu sebab saya tak ada bilik, saya tidur di ruang tamu sampai umur 20+. Laci je pun tapi iyalah, teringin jugak nak ada 'ruang sendiri' walaupun sebesar laci. :p

Wednesday, February 18, 2015

Art Class For Kids


My husband will be teaching kids 4-12 years old. Jom join! :D
Any enquiries please call the number stated. :)

Monday, February 2, 2015

Lemon Cheese Cake

Assalammualaikum.

Ahad lepas, ada perjumpaan keluarga di Bangi sempena ibubapa mertua ke Umrah (harini)...soooo kami plan buat kek! Saya suka buat kek! Plus, ada mixer baru pemberian bos Chip. Dah lama teringin mixer tetiba ada peluang haruslah meroyan di dapur ya. 

Sebelum ni selalu buat chocolate cheese tapi disebabkan dapur rosak so leceh sikit kalau nak cairkan coklat. Kalau nak buat bread pudding atau gula hangus dah biasa sangat hokkey boleh muak dan tak ada variasi langsung asyik bread pudding ja hahaha lama-lama muka pun jadi bread pudding. 

Akhirnya kami berkeputusan buat Lemon Cheese Cake! Meh nak bagi resipi with a little adjustment lah sebab haritu ada komen 'terlebih lemon' haha. Sorang ja komen terlebih lemon yang lain cakap perfect dah. So terpulang. :)

Bahan-bahan:
2 blok keju Philadelphia
Biskut Marie
2 sudu mentega (saya pakai planta)
1 sudu kecil perasa vanilla
3 biji telur
2 sudu tepung gandum
1 cawan gula (cawan biasa bukan mug kalau takmau kencing manis)
2 biji lemon

Cara:

*sediakan lemon, parut kulit lemon. kulit sahaja, takmau sampai kulit yg putih tu. kalau masuk jugak yg tu nanti kek jadi pahit. kalau nak kek pahit, ha masuk terus sekali dengan bijik pun ok hahaha. perah lemon tadi campur dengan kulit yang diparut tadi. ok letak tepi dulu.

1- Biskut Marie tu blend, berapa banyak tu terpulang nk berapa tebal base kek tu.
2- Cairkan mentega dalam oven. 
3- Campurkan mentega cair+biskut hancur tu, tekapkan ke loyang biar raaaaaapat lepastu simpan dalam fridge. Ok biar dia dalam tu sembang-sembang.
4- Next, masukkan keju dalam mixer, adunkan sukahatilah sampai lembut. Sebenarnya soft cheese lagi senang sebab dah lembut tapi malas nak cari hahaha jumpa yang blok ja.
5- Masukkan tepung, gula, perasa vanilla. Blend sampai sebati.
6- Masukkan telur dalam mixer ONE BY ONE. Lepas masuk satu, adun~then satu lagi..sampai cukup 3 biji.
7- Masukkan kulit lemon+jus lemon tadi. (nampak macam sikit tapi percayalah semalam buat, rasa lemon tu memang kuat so tak payah gigih sangat parut nanti menyesal. 2 lemons should be more than enough.)


Ooops sorry bersepah sebab excited bukak semua dari plastik hehe

Okay! Keluarkan loyang dari fridge tadi. Saya pakai loyang springform sebab senang nak tanggal n kek tu jadi cantik.

Loyang Springform
Next, bahan-bahan yang dah diadun tadi surrrkan atas biskut tadi...

Keliling loyang tu aluminium foil.


8- Bakar 150 darjah celsius, 50 minit.

Oh lupa nak cakap, masa tengah bake ni, saya guna kaedah waterbath. Meaning loyang tu letak dalam satu lagi bekas ada air panas. Tak ada gambar pulak hehe.

Dah habis 50 minit tu, keluarkan bekas dengan air panas tu, biarkan kek dalam oven untuk beberapa jam supaya kek tak tanjat boboi dengan perubahan suhu. Lepas tu simpan dalam fridge. Esok pagi boleh bedal. Tu pun kalau buat malam lah. Ini rupa kek lepas tanggal dari springform. Kan dah cakap, cantik! Tak sempat beli buah ka apa nak hias so plain saja...

Kek dah siap, perut family pun happy.
Sekian. Dah siap bolehlah sambung berguling dengan baby. Oh ya terima kasih kepada Chip sebab tolong buatkan base kek. Dia nak tolong awal-awal katanya sebab ada game bola malam tu. Ok faham.

Toodles.