Tuesday, June 16, 2015

Mari Menyelamatkan Kulit Anda!

Assalammualaikum,

Lamanya tak update! Wow!

Ni curi masa sikit kat ofis untuk update. Ha harini nak cakap pasal beauty routine, yang sebenarnya ada certain tu baru start sebulan ja hahaha..sebelum ni macam biasalah nekad nak disiplin last-last ke laut. Harap-harap kali ni dapat istiqamah la ye ok Rabiatul? :p

First thing first, nak bagitau yang kulit saya ni alhamdulillah bebas jerawat. Kalau ada pun mungkin setahun 3-4 kali kot. Tapi kalau bintik hitam, warna tak sekata, huge pores, kulit kusam semua tu memang champion. Kalau orang cakap saya kulit cantik tu hahaha confirm tengok gambaq myspace atau jumpa masa mekap atau pling! edit. Bab penjagaan kulit ni, jaga makan memang tak pernah lah sebab rezeki makan apa pun tak naik berat so memang tak terfikir tiba-tiba nak jaga makan untuk kulit lewl. Cuci muka pakai pencuci biasa ja lah...kalau rajin scrub lepas tu malas dh. Kalau pasal minum air pun, huh memang dari sekolah kadang-kadang siap boleh lupa nak minum even segelas air. Punya teruk. T_T

Okay malas nk taip dalam perenggan sebab nanti berterabur percayalah.

1) Air kosong
Dulu memang saya tak minum air kosong. Tak suka, tak boleh telan lebih dari 2 gelas pn. Tapi sejak kahwin ni mama n mama mertua selalu tegur...so saya pun berusaha, dengan syarat air tu siap dalam botol, bukan kena pi water dispenser ka apa sebab memang berhabuk lah water dispenser tu. Jadi saya beli botol air 2+liter, dekat ofis 1+liter pagi, and 1+liter petang. Malam lain cerita. Sungguh gigih. 

2) Jerawat?
Jerawat ada, masa sekolah. Punya dasyat siap ada bekas garu, nampak macam gengster kampung. Bila ada jerawat, saya pakai satu pencuci muka ni ja. Tak berapa suka sebenarnya sebab tak cuci bersih tapi works like magic untuk jerawat. Malah morah. Tapi skrg tak pakai dah la sebab konon-konon nak try hat best sikit n jerawat pun takdak alhamdulillah. 

Ni dia Safi Gamat memang fav dikala penjajahan jerawat. Silalah cuba.

3) Set Penjagaan Wajah
Ok bila cakap pasai set ni, maksud dia pencuci, scrub, toner, krim sana, krim sini etc. Saya tak pakai hat mahai2 okay. Banyak benda lain lagi nak beli pampers la baju anak la memang tak dapat lah nak membeli mahal-mahal. Dulu saya ada pakai Sakura White, tapi harap maaflah memang pakai sebulan dua saja sebab krim siang/malam dia tak sesuai dengan saya...mencair bila kena panas...muka pun tak pink, muhungnya depa. :( 

Lepas tu saya dapat gaji terus cari habuan baru...

Bio-Essence Hydra Tri-Action
Ha saya beli ni dalam RM70 kot...ada 3 saja, yang kiri sekali tu takdak. Setakat ni okay, tak plan nk tukar lagi. Krim dia pun tak cair malah rasa best n lembap ja kulit. Lepas tu saya nak cari serum pulak, tapi dalam set ni tak ada serum. Terpaksalah cari produk lain untuk serum. Cari punya cari terjebak dengan salesgirl sorang ni kat Watson haha. Beli serum dapat toner free yey. Tapi saya pakai serum ja la..toner dah ada takkan nak tepek banyak kali kan. :p
Tiba-tiba serum Safi Rania Gold haha!
Anywho, serum ni saya taktau keberkesanan dia lagi. Tak pernah pakai serum sebelum ni hehe. Tapi pakai bestlah, elok ja meresap kat kulit. Oh btw scrub pun saya beli Rania Gold.

4) Mask
Macam mengada tapi saya pakai mask sebab ramai bagi free. :p
Bila saya pakai mask husband pun nak join sekali. Hahaha. Bila lepas pakai mask mesti rasa fresh, saya suka pakaiii tapi nak beli punyalah malas..kecuali bila ada sale. Tapi bila rajin memang saya buat sendiri je. 

- putih telur + tisu
- putih telur + tomato + tisu 
- plain yogurt

teringin nak buat dengan buah-buah lain tapi selalu termakan dulu sebelum buat.

5) DIY Scrub
Okay walaupun dah ada scrub, tapi sebab kegigihan tu ada, saya kadang-kadang buat scrub sendiri. Tapi hasilnya sangatlah best, jadi fresh dan gebu la sat hahaha tapi dengan syrat jangan buat selalu kalau takmau kulit rosak. Oh ya, ni kena ada berus gigi la okay, beli hat soft punya.

- ubat gigi + garam (letak ubat gigi atas berus, letak garam dan gosokkan slow2, jgn kasar, tapi pedihnya di sini.)
- lemon + gula (potong lemon, tabur gula dan sapu di muka slow-slow)
- lemon + madu (potong lemon, letak madu dan gosok, slow-slow jugak okay)

fyi, tak semua orang boleh pakai lemon...ada yang sensitif, ada yang works like magic! honestly saya pernah cuba yang ubat gigi tu je sebab lemon dah habis husband buat air detox yang famous kat fb skang ni haha. btw mask ni, hasilnya memang best!!! Oh ya satu lagi DIY saya buat adalah untuk hilangkan eyebag, baru start 2 hari jadi tak dapat nk komen lagi. 

-teabag yang dah digunakan, letakkan dalam fridge. letak di bahagian mata untuk beberapa minit.
-simpan sudu dalam fridge, keluarkan bila sejuk dan tekapkan ke mata untuk beberapa minit.

TBH aku buat yang sudu saja sebab takdak teh kat rumah. LOL.

6)Supplemen
Dah lama stop sebenarnya, tapi sejak beberapa hari lepas saya start balik. Kali ni cuba produk baru. Ni pun salah satu sebab saya minum banyak hari-hari. Hiks. Ha kalau nak beli boleh klik sini --> PERSKINZ

Apa itu Perskinz??
Perskinz adalah campuran IBU mutiara yang 100% SEMULAJADI dengan COLLAGEN + VITAMIN C berkesan dalam memutihkan kulit SELURUH BADAN, kulit jadi lebih glowing, berseri dan gebu gebass!!
Kenapa perlu amalkan Perskinz?
Kerana Perskinz mampu
-Memutihkan kulit seluruh badan
-Menghilangkan parut jeragat
-Menaikkan seri wajah
-Menegangkan kulit
-Melambatkan proses penuaan
-Meningkatkan keanjalan kulit
-Memperbaiki kulit rosak
-Mengurangkan minyak yang berlebihan
-Kulit jadi lebih gebu dan anjal
-Mengatasi masalah rona tidak sekata
-Menggalakkan penghasilan kolagen

Tada!! Sebijik sehari sebelum makan. :)
Hasilnya? Ok ni tak pakai iPhone okay, jadi kamera harap maklum hahaha. Ambil gambar pun tempat sama sebab kat ofis hehe. Muka saya memang ada bintik-bintik, especially lepas bersalin lagilah clear. Yang kiri tu dalam sebulan dua lepas, yang kanan latest. Yang tudung hitam tu baru tadi snap hehehehe. Dari segi kulit saya tak tau la nampak beza tau tak tapi kulit nampak lagi cerah ha nampak tak nampak tak. :)

Tanpa mekap.
Dengan mekap.
Okay nak sambung kerja, banyak kerja ni sempat lagi update blog. Semoga saya teruskan usaha menggebukan kulit hahaha, sebab dok jeles tengok member kulit cantik. Ini baru sebulan kot. Itulah lain kali start dari awal (lain kali celah mana), ni dah nak 30 baru nak gegeh, Anyway, wish me luck!