Thursday, October 20, 2016

Ada lagi ka blog ni?

Assalammualaikum,

Persoalan utama dia bkn tajuk tu tapi "Masih adakah orang yang baca blog ni?" hehee.

Blog ni ada lagi cuma tu lah, taktau nk update apa. Dulu kemain rajin update, masa tu zaman muda la...ni nasib baik ada laptop baru (saja nak habaq) so update la sat tp tengok tajuk pun taktau apa hahaha.

sat nnt kita buka tajuk baru.

Thursday, July 14, 2016

Just a quick HI.

Assalammualaikum.

Okay actually banyak story tertinggal. Chip keluar tv, kami bercuti di Terengganu dengan adik ipar sekeluarga, raya etc. Kemalasan yang amat, and the fact that I've to email photos to myself everytime I need to update my blog (cable tak boleh transfer)...so you can bet this one post will have no photos.

Beside the fact that I've gained weight (ehems), and I still have freckles on my face, I'm still working at the same workplace in Ampang bladibla, driving the same car bladibla, basically not much has changed. But I hope things will get better as time goes on. We're in the middle of making big changes, please pray for the best.

Will update more some time later.

Toodles! :)


Tuesday, May 24, 2016

Orkid is TWO years old! :D

Assalammualaikum.


Lama tak update pasal Orkid. 13 Mei lepas, dia dah 2 tahun! Yeyy!! Mama doakan Orkid jadi seorang anak yang solehah, gembira selalu dan sihat sentiasa. Kami  tak buat majlis jemput kawan-kawan, sebab nak save bajet hehehe, itu pun berapa kali fikir nak buat ke tak. Jadi kami buat party of 3 je lah sebab last year tak sambut pun. Baba belikan Orkid bantal Hello Kitty besar tu, mama belum bagi lagi tunggu gaji ya. Belanja gambar sikit. :)

Mula nk order kek Hello Kitty tp tak jadi, beli dari Baskin Robbin je. Tapi cantik!



Sayang mama baba!!
Bawa anak dara ni jalan-jalan pakai baju baru.


Update Orkid setakat ni, dia dah faham mama baba cakap dengan dia. Kalau minta ambilkan barang ke, mintak simpan mainan ke apa ke dia faham dan buat. Dia pun boleh bercakap tapi certain words saja kami faham haha yang lain tu kami belum dapat tangkap lagi. Kadang-kadang kesian juga dia nak bercakap tapi kami tak faham. Yelah, nak aiskrim tapi cakap aakwim. Tu okay lagi, ada yang kami tak faham langsung. Kikiki..takpe la sayang nanti belajar lagi. 

Sebenarnya birthday dia hari Jumaat jadi kami belikan kek untuk dia bawa ke school. Bukan main seronok lagi siap nyanyi lagu birthday, pakai dress cantik. Esoknya hari sabtu baru kami sambut bertiga. Haa siap tak bagi dia keluar bilik lagi. Mandi wangi-wangi, pakai cantik-cantik, keluar bilik je ada belon dengan kek semua. Suka tengok dia happy. Berapa kali makan kek tu. Fuh. Takpa sekali sekala mama kasi can. :)

Orkid celebrate birthday kat taska.

Tak sangka dah 2 tahun! Sekarang ni proses wean off, mula-mula dia ada cuba jugak tapi mama rindu lepas tu so mama tangguh kejap. Hahaha. Tapi kena wean off jugak tau Orkid, nak bagitau sebab kat sini pun malas. Anak semua orang lain-lain pe'el nya. Hee.

Happy Birthday Orkid Jameela!!

Friday, May 6, 2016

My Birthday!

Assalammualaikum.

I've turned 30 last 30th April 2016. Hati masih muda tapi keadaan tak mengizinkan untuk bermudaan so get over it. Tak mengizinkan tu seperti nak lepak luar tak boleh, nak layan muzik zaman muda kena pakai earphone, nak tengok wayang kena tunggu anak besaq dulu, nak sembang tak merapu pun kena limit!! Lol.

Sempena masuk umur baru ni, life is going well. Cuma life biasa sajalah tak ada vavavoom macam kerja gaji 30k ka...ada buku sendiri ka...beli kereta baru kaa..biasa-biasa saja tapi alhamdulillah dah ada keluarga kecil dan perut yang tak berapa kecil banding dulu. Cukuplah kesihatan okay, parents sihat, suami anak sihat happy. :D

Sadly, I've to work on that day. Tapi takpalah, setengah hari ja pun. Nak cuti pun sayang sebab cuti dikira sehari. Jadi pagi tu my husband and baby toddler pun bangun awal, wangi-wangi, teman mama pergi kerja! Orkid kerja lebih sikit okay, dia kena teman mama kat ofis hewhewhew.

Pagi-pagi ajak selfie. Budak ni tau nak selak tudung sajalah time-time ni.

Wefie pulak dah. 
                                                 
                                                  Hm bila nak sampai ofis taktau hahahhaa.

                                      
                                          Okayy bukak youtube. Lepas ni kita jalan-jalan satu ofis.


Habis jalan-jalan tengok ada makanan. Wahhh walaupun Labour Day punya hahaha. Tapi dah selamat dimakan Orkid n Baba. 
Selesai makan, dance, makan dan nampak gaya macam mengantuk dah tu.
                                           
Habis kerja pukul 1, 12:59 dah tutup lampu. Hahaha. Punya tak sabar nak makan pavlova. Suka gila pavlova, especially kat Ben's Pavillion. Tak manis sangat, portion besar dan tak lembut sangat. Gitteww iklan free.

Lupa nak bagitau. masuk ja kereta. Husband hulur hadiah. Yeyyy walaupun dah tau hadiah apa sebab sendiri request dan sendiri beli sama-sama. Hahahaa untuk kebaikkan bersama. Lagipun saya tak ada hobi ka apa....nak muka flawless ja idaman hati. Hehehe. So...kami dah beli beberapa minggu sebelum. Tapi nak cerita ni, lepas beli hadiah, husband bukannya nak simpan hadiah tu, sorok ka apa, dia pi letak dalam bilik solat. Hari-hari solat dok terpandang hadiah yang tak boleh nak bukak lagi. Hahaha geram mak. Apo entah. Last-last dia simpan jugak lepas saya cakap tak kusyukk...wakakaka.

Body Shop Drops Of Light+Drops of Youth. Yayy! Thank you sayang!!!
 Lepas tu dia hulur lagi satu hadiahh...wahh excited nak bukak! Ada video sebenarnya tapi disebabkan nampak dagu berlapis yang sangat menggerunkan itu maka saya tak jadi nak post.

Dia dah ambil gambar awal-awal dengan Orkid. Bunga Orkid.
Yayy thank you sayang! Cantik sangat.  Kening yang paling tak tahan tu. Hahaha.
Dalam kereta, Orkid dah tidur. Sesampai di Pavillion, kami harap Orkid boleh sambung tidurlah sebab dia penat, dah tu selalunya masuk dalam stroller mesti terjaga. Tapi kali ni dia penat makan banyak agaknya maka.... 

Orkid pun tidur nyenyak...

Dapatlah mama baba makan dengan tenang.
Nasiblah dapat seat depan sekali dekat entrance. Tapi tak apalah, janji pavlova ada! Hehhe. Dulu masa pregnant kerap makan pavlova. La ni tak boleh la hari-hari, baik pakai duit tu beli pampers ka apa. Hehehehe.

Makan dulu.

Gambar sendiri ada tapi malu pulak nak upload hahhahaha maybe sebab selfie ja banyak. Kalau ada mood n jumpa gambaq lawa baru nk edit tambah gambaq. Heuheuheu. Moving on to the food please!


Pavlova kegemaran sudah sampaiii...2 tingkat uols!


Tapi Orkid pun dah bangun. Dia nak 'kek'. Manis ni Orkid oi...bagilah rasa sikit.
Dah selesai makan, kami gerak ke Bangi. Hujan sangat lebat. Siap sempat berhenti kat stesyen minyak, tidur kejap. Kejap je la sebab Orkid takmau tidur..dia nak jalan-jalan dalam kereta...atas mama dia..atas baba dia..T__T

Anyway, kami pi Bangi untuk shopping sebab husband cakap dia nak belanja baju. Dapatlah sehelai baju setelah jalan 2 blok kedai. Tapi to be honest, baju muslimah la ni banyak design sama saja. Dahla mahal padahal modal takdakla mahal macam tu. Ini kebenaran okay! Lagi satu, banyak jual jubah. Saya tak pakai sangat jubah...takut takdak saiz. Mak jeling je dari luar okay. Hahaha.

Selesai makan dan shopping, kami pun balik rumah. Rehat pulak lah. Hadiah dah gantung di dinding. Jambangan bunga tu dari zaman belum kahwin lagi dok simpan. Entahlah memang pesen menyimpan flower bouquets.


Overall, it was a great dayyy! Thank you sayang for the day! Selamat hari lahir kepada diri sendiri! Dah boleh dah plan untuk birthday Orkid 13hb May dengan uruskan majlis birthday office sebab dah jadi birthday commitee pulak dah tahun ni hahahaha adoila.

Toodles!!! :D

Friday, April 15, 2016

Roast Chicken

Assalammualaikum.


Malam tadi saya berhasrat nak masak. Ya la, jarang masak kat rumah sebab kerja, rajin keluar pastu husband pulak tak makan berat waktu malam. Harusnya tapau aja deh. Mehehe. Lagipun husband tak kisah dia baik. :p

So anyway, hari tu ada lah tengok satu resipi di facebook. FB kan banyak resipi-resipi laju-laju ni, so rasa macam eh eh senangnya marilah kita membeli ayam. Kejap bagi tunjuk hasil dulu. Nampak best kan? Rasa pun best. Tapi habis ke sekor ayam macam ni? Cerita dia macam ni...mulanya nak cari certain parts saja..macam dada ayam sebab Chip suka part tu..tapi tak ada pulak so dia cadangkan beli je la sekor..kalau tak habis esok sambunglah makan hahaha okay if you say so. :p


Nampak macam wow je kan.

Nak buat ni senanggggg sangat. Kita cuma perlu ada:
-ayam
-bawang besar (sebiji)
-kentang (sebiji)
-labu (half)
-butter(half)
-italian herbs
-pepper (tak bubuh sebab takdak n malas beli)
-garam
-garlic
-olive oil

Ada video sebenarnya tapi saya bagitau ringkas kat sini okay. 

Potong bawang 4 bahagian, letak dalam bekas. Letak ayam atas tu. Pastu potong labu dan kentang letak keliling ayam. Cairkan butter dan tuang atas ayam. Taburkan Italian Herbs, garam n pepper (ini saya letak sesedap rasa). Olive oil pulak tuang atas sayur-sayur tadi n gaul2. Okay boleh masuk oven 160c/90minit. Ting! Siap.

Baru masuk oven.

Ok belum siap sebenarnya. Nak menunggu 90 minit tu punyalah lama so saya buat onde-onde pulak. Plannya nak buat malam sebelumnya, tapi tengok tepung pulut tak ada. Laaaa ingatkan ada...kelapa semua dh beli so buat lah malam tadi. Tapi anak dah lapar dan bosan..dia asyik minta nak nyamnyam..ada jugak dia diam-diam makan gula melaka lah, makan adunan tepung  lah. T__T 

last-last bagi kelapa . hahaha. dia makan tapi lepas tengok muka dia macam tu baru perasan kelapa tu tak elok dh sebab lupa masuk fridge awal smlm. T__T
hahaha lawak la muka Orkid wakakaka.

Tapi by the time habis buat tu ayam pun dah siap. Nak mengeluarkan kena baik-baik sebab ada gravy. Disarankan bekas tu boleh isi kuah. Macam kami ni, jenuh juga nak angkat ke meja makan sebab takut tumpah. Dah ada depan mata, jadi kami yang kelaparan makan dululah hahaha onde-onde nanti sambung.

labu tu manis!! patutnya letak brokoli sekali baru nampak kalerful.

Lembut. dan menyihatkan. Tapi kalau nak hidang kat tetamu better siapkan sos black pepper so taklah muak makan ayam sesaje. Lagipun gravy ni manja2 sesuai utk budak. Boleh feeling2 Kenny Rogers. :D
Selesai makan, Chip pun pergi kedai beli nyok. Adoi memang berpeluh la dok dapur dari balik kerja dengan anak dok peluk kaki manjang. Hahahhaa. Siap mandi 2 kali lagi malam tu, bukan saya saja, dengan anak sekali mandikan ha puas hati tengok budak ni aktif bebeno sampai berpeluh-peluh macam dia yang masak. -_-

yay dah siap boleh ngap!
.
Alhamdulillah kenyang. hehe. Btw, untuk masak ayam ni boleh tengok video kat sini. :)

Sekian, terima kasih. (ending tak best)

Tuesday, April 5, 2016

Pernah tak?

Salam. Morning!

Pernah tak berada dalam situasi yang kita tak boleh buat apa? Jadi kita end up simpan...sampailah tak boleh tahan lagi jadi last-last meluahkan. Meluahkan is okay, is just that, benda dah simpan lama...so the outcome is not really nice. We end up telling everything termasuk yang terselit-selit. Yang terpendam sejak zaman dinosaur.

Walaupun dah berniat takmau susahkan siapa-siapa, taknak sakitkan hati sesiapa...tapi terlepas jugak. I need a padlock for my mouth at times. I mean, kalau dengan orang yang disayanglah. Sebab kita taknak bagi dia kecik hati, tapi tu lah. Manusia biasa. -_-

Welps! But then again, kalau dengan orang lain yang tak kenal kita, takkan kita nak jaga hati semua orang, sepanjang masa? Especially at this age. 

Okay pendek je entry ni sebab nak meluah. Hehe. Toodles.


Monday, April 4, 2016

Facial di Yoyoy Kampora Spa.

Assalammualaikum!

Morning monday!! Hehe. Harini nak cerita pengalaman pergi facial di Yoyoy Kampora Spa, Melawati. Rasanya macam tu kot eja.

First of all nak habaq la pi facial bukan selalu n bukan sebab boringnya jom pi facial..haha sebab ada orang cakap iols ni kaya sebab pi facial. Dia taktau ni husband yang belanja and saya pn mana ada beli emas berlian ka apa...facial ja pun so tak payah nak perli orang ni kaya pastu bandingkan dengan orang miskin basuh muka pakai sabun pfft. Last facial pun masa kahwin (2012) and ini cara suami nak bagi isteri happy. Okay.

Dah lama sebenarnya nak pergi spa...so at first memang tengok kat groupon sebab tawaran kat sana memang wow menarik. Tapi honestly kami laki bini tak reti groupon2 ni so akhirnya pakai cara biasa, tengok kat fb untuk promotion and we found this.
   
                                                 
                                                    uuuu...


Yes groupon lagi murah tapi kami tak berani. Hehehe...takut layanan cincai pun ada jugak tapi tu spa lain. Sebab masa pergi 2012 dulu dapat assistant yang teruk...sedih pengantin. T_T

Anyway, saya ambil package facial saja. Nak massage tunggu lain kali. Kenapa facial? Bacalah entri sebelum ni. Kikiki. My appointment pukul 5pm, hari Sabtu. Jadi husband bawak Orkid pergi main kat indoor playground kat Wangsa Walk untuk 2 jam. Father daughter bonding time sementara mama buang blackhead hahahaha k. Blackheads suck. 

baru nak gerak rumah kawan, lepas tu pergi yoyoy. yeyyyoyy!!!

sampai dah. :)
Sesampainya di sana, saya tunggu kejaplah. Dalam tu macam biasalah ada muzik yang menenangkan, dengan bau-bau sedap...pastu dengar bunyi pukpukpuk orang kena tepuk kat belakang badan hahaha. :p Tak sampai berapa minit saya diberikan kain batik and robe untuk dipakai. Masa tu dh fikir, facial je pun kenapa nk kena pakai kain batik hahaha. Tapi layan je lah. Hewhew. Masuk je tempat tu ada lah auntie dalam tu baru habis facial...segan aih nak salin baju dalam tu so pergi bilik sebelah wakakaka pemalu orangnya Beto ni. Sebab masa pergi spa lagi satu dulu, bilik asing-asing. So ni kan macam sekali...sebab tu malu sikit. :p 

ada 3 katil dalam 1 bilik. Boleh bawak teman! Yay!

Okay facial dah start, adalah dalam 1 setengah jam kot. Tak ingat apa dia tepek kat muka tapi paling sadis masa kena buang blackhead dan masa mask dh keras. Ya Rabbi bila nak buang mask tu rasa macam muka kena simen HAHAHHA. I even told the worker, "Ha nasib baik mata bertutup...kalau tak you nampak la i tengah menangis sekarang ni." Hahaha pedih. Tapi the whole experience was soothing, siap tertidur lagi. It was great. Siap dapat massage lagi, walaupun mini massage. Habis je dapat minum air madu. Rasa nak pergi tiap bulan. *kira duit*

dah setel! muka bulat.

Thank you to husband sebab sponsor. Terima kasih banyak-banyakkkkk!!! Puas hati!! :D
Sejak kejadian itu, saya pun berniat untuk rajin menepek toner kembali. Still pakai serum sebab belum nampak hasil sangat. Lagipun belum sebulan lagi pakai. Tapi kulit tak berapa kering dah. Kalau ada perubahan insyaAllah nak teruskan. Setakat ni okay. :)

Muka kat ofis baru ambil gambar tadi. Nak mekap pun sayang sebab baru balik facial la katakan kikiki.
Tapi kalau sesiapa nak pergi spa, for facial or massage boleh datang sini dan rajin-rajin ushar fb page diorang sebab selalu ada promosi. Pekerja pun professional dan ada banyak cawangan. Saya pergi yang kat Melawati sebab dekat dengan rumah. Yang ada anak tu nak berehat kejap tu boleh ambil masa 2 jam macam tu, pergi spa. Ajak mak ke kawan baik kalau nak teman. Love yourself. Bagi can bapak-bapak spend time dengan anak juga. Hihi. :)

 Okayy nak sambung menyembang kat Whatsapp. :p