Thursday, October 5, 2017

Innershine Marine Collagen with Kyoho Grape Jelly

Assalammualaikum and hi!

29hb September lepas, saya dijemput oleh Potboy Groceries ke Brands Suntory untuk mengenali produk terbaru dari Brands.

Pernah dengar Potboy tak? Haaaa okay meh saya nak cerita. Potboy ni satu online grocery maknanya boleh beli barang runcit atas talian sahaja dan paling best tak ada order minimum. Ye tak ada, jadi kalau beras habis then awak rasa nak beli beras jadi awak hanya siapkan kerusi dan laptop, order je beras sekampit. Nanti abang posmen hantar. Best kan? Jimat minyak, jimat tenaga! Lagipun banyak barang kat sini, lebih dari 10,000 barang. Paling best pasal Potboy ni, banyak free gifts jadi kalau nak tahu macam mana nk menang, jom tengok FB Potboy.

Okay berbalik kepada majlis tadi,  semua mesti pernah dengar Innershine kan, alaaa yang famous dengan produk pati ayam, prune essence etc. Ianya sempena produk terbaharu dari Brands iaitu Innershine Marine Collagen with Kyoho Grape Jelly. Kali ini Brands mengeluarkan produk dari sumber marin dan yang berbeza dari kolagen lain ianya bersifat jeli dan sedap pulak tu. 

Semasa majlis tersebut kami semua dibawa tour di kilang Brands, persekitaran dia mmg bersih jadi boleh terjamin kebersihan produk Brands. Selepas tu kami diberi penjelasan tentang kepentingan kolagen, (yang saya baruu tahu), rupa-rupanya kolagen sangat penting terutama bila kita makin meningkat usia. Selepas umur 30 badan dh tak boleh nk hasilkan kolagen yang banyak jadi sebab tu kita perlu bekalkan kolagen dari luar. Kolagen bukan untuk kecantikan je, tapi untuk kesihatan dan untuk meningkatkan daya sembuh badan dan lain-lain. Oh lagi satu perkara penting, kolagen ni kalau nk lagi berkesan kita kena makan dengan vitamin C. (ni pun saya baru tahu...naifnya rasa. -_-) Tapi yang bestnya produk baru ni dah memang ada vitamin C, yeayyyyy!

Sekotak Innershine Marine Collagen with Kyoho Grape Jelly dibekalkan dengan 14 strip kolagen yang disarankan dimakan 2 strip sehari. Setiap strip mengandungi 1,000mg kolagen berasaskan marin dan ianya bebas lemak/gula tambahan. Berbeza dengan produk kolagen lain, ianya lebih pantas memberi tindakbalas dalam badan.  Saya pun dah ada sekotak. Tapi disebabkan saya ada di Brands, saya beli lagi sekotak Prune Essence haritu. Hehehehe. 








Innershine Marine Collagen with Kyoho Grape Jelly ini boleh juga didapati di POTBOY, pastikan daftar dulu okay? Tak rugi daftar di Potboy sebab harga kat sini memang murah dan berbaloi. Innershine Marine Collagen juga boleh didapati dengan harga istimewa di SINI. 

Toodles! :D

32 comments:

  1. Menarik bila dh ada innershine dalam sachet macam ni...siap ada marine collagen lagi...bagus sgt

    ReplyDelete
  2. wah...first time dengar potboy ni...bolehla daftar nanti

    ReplyDelete
  3. Raaa innershine ni mmg sedap.. bola rajin minum pasti kulit cantik nanti ya,,.

    ReplyDelete
  4. Amalkan collagen ye. Elok untuk kesihatan dalaman dan luaran. Saya guna BBPlus Collagen ye.

    ReplyDelete
  5. Senang nak minum bila dah ada dalam paket kecik macam ni

    ReplyDelete
  6. Boleh lah cuba Innershine terbaru ni. Guna sachet jd lebih mudah. Nak bawak lebih mudah dari yang botol kaca tu.

    ReplyDelete
  7. wow innershine~~~ selalu yg i tau tu from Brands. now got another option! :D

    #YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually Brands ada bykkkk lg produk. i pun baru tau.

      Delete
  8. menarik POTBOY tu sebab takde limit membeli. boleh cuba usyar ni :D

    ReplyDelete
  9. Alamak ni macam kena try hehehe tapi orang laki boleh ambil juga lahkan..

    ReplyDelete
  10. Pertama kali dgr, macam menarik aje POTBOY ni...blh lah cuba nanti...tq ekk

    ReplyDelete
  11. Tak pernah pula dengar pasal potboy ni. Lepas ni nak google" sikit pasal benda ni

    ReplyDelete
  12. Usha barang dekat potboy, boleh tahan juga harganya... Nk sambung usha balik

    ReplyDelete
  13. Sy9knya syoknya dapat tester... Sedap x?

    ReplyDelete
  14. wahh menarik ni. innershine ni sedap

    ReplyDelete
  15. lagi mudah jenis sachet. Mini pocket pun boleh sumbat ye.

    ReplyDelete
  16. First time jugak dengar potboy ni . Mcm menarik collegen ni

    ReplyDelete
  17. I heard of this collagen jelly before but don't have the chance to try it yet.

    ReplyDelete
  18. saya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.

    ReplyDelete