Wednesday, March 11, 2015

Soalan Cepumas Sepanjang Membesarkan Orkid

Assalammualaikum.

Orkid dah hampir 10 bulan. Lagi 2 hari to be exact. Sepanjang ada Orkid ni ramailah yang tanya soalan-soalan common macam mana saya besarkan Orkid. Ok sini saya listkan soalan dan jawapan. 

1. Orkid tidur sendiri atau kena dodoikan?
Kena susukan. Tak dodoi. Baba dia saja yang pandai dodoikan. Haha. Tapi kalau mengantuk sangat dia tidoq sendiri jugak...lately dia suka lentok kepala kat mama dia, ala-ala bantal gitu.

Ha ni la pesen Orkid berbantalkan mama. Berbantalkan kaki, tangan, perut janji berbantalkan mama. Mulut comot sebab makan prun. Esoknya berak berbundle-bundle. 


2. Naik buai tak? Cot?
Masa pantang tidur buai sebab asyik melekap dengan mama dia. Kalau letak confirm nangis. Tapi lepas pantang dia takmau buai dah. Dia suka tidur bawah. Kalau malam-malam tidur satu tilam dengan mama dia (mama tidur sopan santun seketul dari kecik so tak ada masalah). Kalau terjaga cuma susukan secara mengiring atau bagi lengan kat dia, nanti dia peluk macam bantal n sambung tidoq.

Kalau dalam kereta, saya kena susukan dia dulu..lepas tu pindahkan dalam babyseat. Plannya bagi susu sebelum masuk kereta...tapi..
...satu ja ...bila dia dalam carseat, kalau dia tiba-tiba nak susu kami mana nk tau. sebab dia tak bg hint clear sangat bila nk susu. sama ja dia nangis. so ni teghiak untuk susu atau takmau dok carseat cuba teka? kami pn taktau yeyy!!! nak taknak kena la susukan dia jugak dalam kereta. sanggup ka tengok anak nangis lapaq sepanjang perjalanan, RnR lagi setengah jam? tak kot. lainlah kalau bagi botol.

oh btw hasil kajian mendapati masa ni dia nk tidoq...bagi susu terus zzzz. lepas tu pindah carseat tidoq 2 setengah jam. DUA SETENGAH JAM.

3. Suka digendong?
Biasa ja. Tak mintak-mintak didukung. Mak bising jugak dulu sebab selalu tak letak dia kat bawah masa pantang tapi alhamdulillah Orkid steadyyyy...

4. Selalu menangis tak?
Nope. Masa pantang mak ajar kalau baby nangis, jangan biar dia nangis lama-lama nanti dia terbiasa. I follow ja...hahaha. Masa pantang tiap kali dia nangis mesti saya angkat. Tak sempat nak panaskan enjin hahahaha.

Happy baby.

5. Walker?
Walker kat rumah pengasuh saja...tu pun start 8 bulan. Kalau tak dia akan mengesot ke seluruh pelusuk rumah pengasuh. Mula-mula tak bagi tapi takpalah kat rumah pengasuh ja pn. Herr...

6. FM?
Kat rumah pengasuh saja...kalau dengan saya 100% direct feeding. Saya tak pam dah sejak masuk berapa bulan entah sebab pam rosak. Tapi alhamdulillah Orkid kenyang yey. Yang penting hari-hari minum air masak banyak-banyak kat ofis balik terus df baby. Nescaya kenyang terlampau sebab bengkak kahkahkah.

7. Kalau makan kat luar macam mana?
Babychair! Dulu dia takmau sebab kami tak ajaq...bila masuk 5 bulan barulah kami gegeh letak..nangis lah budak tu. So kami bagi dia biskut tiap kali masuk babychair...lama-lama dia ok. Kalau dia boring sangat dia mintak angkatlah. Benda kena ada kalau dia start bosan, bagi dia menu. Hahaha.

Ya menu. Sampai satu masa nanti dia akan campak menu ni sebab bosan order tak sampai-sampai.

8. Carrier/stroller
Both. 
Weol pakai Ergo. Hiks. Baba ja pakai. Mama tak feel la pakai ni. Haha.

9. Bedak? 
Tak boh bedak...bau baby ada lagi walaupun dh 10 bulan. Letak krim BUDS saja.

Banyak kedai dah stop jual yang ni. Huuu...kena menjelajah semua mall baru jumpa.

10. Orkid dah start makan? Bagi nestum? Ada alahan?
6 bulan. Orkid cuma makan makanan mama dia buat tiap hari. Bubur blend sampai 7 bulan saja. Setakat ni alhamdulillah tak ada alahan, telur pn dah bagi. Dia cuma tak boleh makan cous2 sebab sembelit. 

Yey berjaya ajar dia minum ayaq masak banyak-banyak. Minum please so tak payah sembelit.

Orkid minum pakai cup ni. Tak senang tumpah.

11. Makanan travel macam mana?
Hui ni kami dok struggle lagi sebab cous2 dia tak boleh walaupun dia suka. Haha!

12.Kesihatan dia macam mana?
Alhamdulillah dia jarang sakit. Kalau demam kami letak kain+air asam jawa...esoknya okay dah. Kalau dia batuk/kahak, kami buat rawatan stim, mandikan dengan air lemon. Bagi kasih sayang...cewah!

13. Dia tak cabut nooo kalau pakai topiiii
Hahahaha ni soalan apa taktau..ha dia okay ja pakai topi ka apa. Takdak tips. Sekian. HAHAHA.


Ok setakat ni tu ja soalan terlintas dalam kepala yang selalu saya dapat. Sekarang saya mahu pergi toilet dan bersiap untuk balik rumah. Ada apa-apa soalan boleh tanya InshaAllah saya jawab. Tapi janganlah soalan untuk 10 bulan ke atas hahahahaha. :p

Tips paling best : Masa baby dalam perut rajin-rajinlah berpesan kat dia, dah keluar pun pesan jugak. 

Kbai.