Thursday, April 30, 2015

Sesembang

Salam.

Alhamdulillah hasrat suami saya nak keluarkan komik sendiri dah tercapai. Banyak kali dia sebut-sebut, akhirnya memang Allah dah tetapkan rezeki dia.

Ok nak cerita macam mana start.

Mulanya Chip ni cuma suka buat vector saja. Sejak zaman tok naduk memang dia dok post la vector dia...sebelum kahwin lagi. Saya la antara yang suka mintak vector free HAHAHA tapi tak pernah dapat. Dah couple baru dapat okey. Anywho, lepas kahwin saya cadangkan dia buat page...sebab bagi saya dia ada talent, why not kan...dia pun hmm okaylah, fikir-fikir nama, dapatlah MM Vectoristic dan mulanya nak pakai kejap ja nama tu sementara nak fikir nama baru.
Ni masa nak ngorat hahahaha

:)

So kami pun postlah vector dia yang lama-lama zaman dia study. Ada few likers...20 likes pun kami teruja dah. Hehe. Sampailah satu hari dia post komik 1st Sesembang.

Sesembang 1#

Masa tu tempat dia dekat dengan water dispenser. Tapi macam kosong kalau ada satu benda tu so dia tambahlah pokok bagi kawan kat water dispenser tu. LOL. Dipendekkan cerita, Chip yang tengah bosan kat ofis masa tu...isi masa lapang dengan Sesembang...setiap kali ada isu. Ha nampak kan kat mana pergi jalan cerita ni? Okay so setelah beberapa tahun alhamdulillah ramai yang suka komik Chip...dan hasil perbincangan dengan sorang kawan Chip ni, dapat persetujuan dari Dubook untuk terbitkan komik Sesembang. Sekian. (pendek ja intro sebab nk fokus Sesembang haha)

Belum habis.

Jadinya entri ni dibuat sebab nak suruh korang belilah. Buat pengetahuan semua, komik ni kompilasi dari tahun 2012 dan setiap komik berdasarkan isu semasa yang berlaku pada waktu sekian-sekian. Hihi. Buat yang menyokong sila teruskan menyokong sebab kalau tak ada orang like tak adalah komik ni. Boleh dapatkan di booth Dubook di PWTC pada 24 April 2015 - 3 Mei 2015. InsyaAllah 2 Mei nanti kami ada sana jugak untuk pelancaran DubookKahKahKah. Tapi saya diri tepi-tepi ja la. Watak tambahan la katakan hahahaha.




antara buku-buku baru terbitan Dubook Press yang boleh didapati di pesta buku.

Kalau tak dapat datang PWTC boleh order dari saya...no problem! Boleh klik SINI dan PM "saya nak order bang!" nanti kami reply. Hiks. Harga RM26 inc postage.

Ni antara yang kami nak pos sendiri. Alhamdulillah. Nampak tu ada watak kami satu family? Hihi. Kalau nak tahu apa isi kandungan kena lah beli.


Entri blog disudahi dengan kek sponsor dari Ixalicious dan TREETSHIRT CONNECTION .Sedap gilo. Terima kasih banyak-banyak sebab sponsor. Saya selalu saja-saja order Choc Cheese dari depa ni sebab kebulur. Ya, saja-saja sebab terliur. -_-

                                               

p/s : doakan kami ya? :)

Friday, April 24, 2015

Orkid dah nak setahun. :O

Assalammualaikum.

Lama tak update. Malas punya pasal. Huahuahua. So marilah update pasal baby Orkid.
Orkid dah 11 bulan lebih. 


1- Orkid belum boleh berjalan sendiri. Dia boleh berjalan tapi kena pegang sofa ke..kerusi ke...haaa lepas tu sengih sorang-sorang. Dia merangkak pn start 11 bulan tapi serentak dengan berdiri. Kira masuk ja 11 bulan macam-macam skill dia dapat.

2- Suka makan. Dia makan lunch bubur nasi, petang makan buah (still puri sebab mama baba terlebih rajin), malam bubur nasi. Nampak ja bekas makan dia mulalah bergegas datang. Start 7 bulan dah tak blend bubur sebab dia suka kunyah. Alhamdulillah.

3- Suka minum air tapi nak pakai cawan macam orang besar,. Ha takpala janji dia minum air kosong. Lately berak pun 3 kali sehari. Good girl!

4- Still DL dengan mama even jalan-jalan. Kat rumah memang tak ada botol. Kat rumah pengasuh ja ada botol. Masuk setahun plan nk bg fresh milk.

5- Dia ada satu doll kitorang panggil Dolly. Nak dia bg nama sendiri nanti. Kalau nampak doll tu dari jauh dia dah jerit gugurl2 macam jumpa bff lepas tu datang nak hug doll tu.

Cara Orkid kiss mama baba. Haha.

6- Suka memanjat mama n baba. Adil pulak tu. Lepas datang kat baba, nanti dia datang kat mama...ulang-ulang. Kalau datang kat mama lama-lama tu ha nk susu la tu.


7- Timing tidur masih sebelum 12am, bangun dalam pukul 7am, main2 kejap...pukul 8am+ dia akan mintak susu untuk tidur balik. Dah tahu dah timing makan minum dia. Bijak betui.

8- Tak boleh kena tinggal sorang. Nanti meraung bergegar satu rumah. Tapi bila nampak orang datang terus stop nangis n tatatatatata balik macam tak ada apa yang berlaku.

9- Orkid ni kalau dia jarang masukkan bendasing dalam mulut. Kalau kitorang tengah makan pun dia tak kacau tapi buat muka kesian atau buat kunyah-kunyah invisible food. Masa ni la kena bagi mainan atau buku kat dia. Suka betul baca buku. Pagi beli magazine, petang dah koyak rabak. T__T


10- Suka sangat orang melayan dia. Kalau nampak budak-budak, lagilah dia happy.

Ha cukuplah buat masa sekarang. Ni muka paling latest.




Toodles!

Tuesday, April 7, 2015

Sabar.

Assalammualaikum.

Saya ni pemarah orangnya. Masa sekolah rendah, kawan-kawan tengah bercakap tentang apa yang patut kami berubah. Ada yang kena kurangkan jerawat, kurangkan berat, saya pulak orang suruh kurangkan marah. So saya sekarang memang tak marah, kerjanya asyik merepek, gelak-gelak, kurangkan tarik perhatian dari orang etc. Tapi, jangan ambil ringan dan buat saya marah. I will defend myself at some point. You might see me as weak, but you wouldn't want seeing me mad. 

Thankfully the angry side of me dah balance dengan my maturity. Thank you sabar! Lol!!

Thank you for the 'LOL'!! See kan dah tak jadi post marah-marah.

Okay Imma go weewee now.