Thursday, April 30, 2015

Sesembang

Salam.

Alhamdulillah hasrat suami saya nak keluarkan komik sendiri dah tercapai. Banyak kali dia sebut-sebut, akhirnya memang Allah dah tetapkan rezeki dia.

Ok nak cerita macam mana start.

Mulanya Chip ni cuma suka buat vector saja. Sejak zaman tok naduk memang dia dok post la vector dia...sebelum kahwin lagi. Saya la antara yang suka mintak vector free HAHAHA tapi tak pernah dapat. Dah couple baru dapat okey. Anywho, lepas kahwin saya cadangkan dia buat page...sebab bagi saya dia ada talent, why not kan...dia pun hmm okaylah, fikir-fikir nama, dapatlah MM Vectoristic dan mulanya nak pakai kejap ja nama tu sementara nak fikir nama baru.
Ni masa nak ngorat hahahaha

:)

So kami pun postlah vector dia yang lama-lama zaman dia study. Ada few likers...20 likes pun kami teruja dah. Hehe. Sampailah satu hari dia post komik 1st Sesembang.

Sesembang 1#

Masa tu tempat dia dekat dengan water dispenser. Tapi macam kosong kalau ada satu benda tu so dia tambahlah pokok bagi kawan kat water dispenser tu. LOL. Dipendekkan cerita, Chip yang tengah bosan kat ofis masa tu...isi masa lapang dengan Sesembang...setiap kali ada isu. Ha nampak kan kat mana pergi jalan cerita ni? Okay so setelah beberapa tahun alhamdulillah ramai yang suka komik Chip...dan hasil perbincangan dengan sorang kawan Chip ni, dapat persetujuan dari Dubook untuk terbitkan komik Sesembang. Sekian. (pendek ja intro sebab nk fokus Sesembang haha)

Belum habis.

Jadinya entri ni dibuat sebab nak suruh korang belilah. Buat pengetahuan semua, komik ni kompilasi dari tahun 2012 dan setiap komik berdasarkan isu semasa yang berlaku pada waktu sekian-sekian. Hihi. Buat yang menyokong sila teruskan menyokong sebab kalau tak ada orang like tak adalah komik ni. Boleh dapatkan di booth Dubook di PWTC pada 24 April 2015 - 3 Mei 2015. InsyaAllah 2 Mei nanti kami ada sana jugak untuk pelancaran DubookKahKahKah. Tapi saya diri tepi-tepi ja la. Watak tambahan la katakan hahahaha.




antara buku-buku baru terbitan Dubook Press yang boleh didapati di pesta buku.

Kalau tak dapat datang PWTC boleh order dari saya...no problem! Boleh klik SINI dan PM "saya nak order bang!" nanti kami reply. Hiks. Harga RM26 inc postage.

Ni antara yang kami nak pos sendiri. Alhamdulillah. Nampak tu ada watak kami satu family? Hihi. Kalau nak tahu apa isi kandungan kena lah beli.


Entri blog disudahi dengan kek sponsor dari Ixalicious dan TREETSHIRT CONNECTION .Sedap gilo. Terima kasih banyak-banyak sebab sponsor. Saya selalu saja-saja order Choc Cheese dari depa ni sebab kebulur. Ya, saja-saja sebab terliur. -_-

                                               

p/s : doakan kami ya? :)

No comments:

Post a Comment