Monday, April 4, 2016

Facial di Yoyoy Kampora Spa.

Assalammualaikum!

Morning monday!! Hehe. Harini nak cerita pengalaman pergi facial di Yoyoy Kampora Spa, Melawati. Rasanya macam tu kot eja.

First of all nak habaq la pi facial bukan selalu n bukan sebab boringnya jom pi facial..haha sebab ada orang cakap iols ni kaya sebab pi facial. Dia taktau ni husband yang belanja and saya pn mana ada beli emas berlian ka apa...facial ja pun so tak payah nak perli orang ni kaya pastu bandingkan dengan orang miskin basuh muka pakai sabun pfft. Last facial pun masa kahwin (2012) and ini cara suami nak bagi isteri happy. Okay.

Dah lama sebenarnya nak pergi spa...so at first memang tengok kat groupon sebab tawaran kat sana memang wow menarik. Tapi honestly kami laki bini tak reti groupon2 ni so akhirnya pakai cara biasa, tengok kat fb untuk promotion and we found this.
   
                                                 
                                                    uuuu...


Yes groupon lagi murah tapi kami tak berani. Hehehe...takut layanan cincai pun ada jugak tapi tu spa lain. Sebab masa pergi 2012 dulu dapat assistant yang teruk...sedih pengantin. T_T

Anyway, saya ambil package facial saja. Nak massage tunggu lain kali. Kenapa facial? Bacalah entri sebelum ni. Kikiki. My appointment pukul 5pm, hari Sabtu. Jadi husband bawak Orkid pergi main kat indoor playground kat Wangsa Walk untuk 2 jam. Father daughter bonding time sementara mama buang blackhead hahahaha k. Blackheads suck. 

baru nak gerak rumah kawan, lepas tu pergi yoyoy. yeyyyoyy!!!

sampai dah. :)
Sesampainya di sana, saya tunggu kejaplah. Dalam tu macam biasalah ada muzik yang menenangkan, dengan bau-bau sedap...pastu dengar bunyi pukpukpuk orang kena tepuk kat belakang badan hahaha. :p Tak sampai berapa minit saya diberikan kain batik and robe untuk dipakai. Masa tu dh fikir, facial je pun kenapa nk kena pakai kain batik hahaha. Tapi layan je lah. Hewhew. Masuk je tempat tu ada lah auntie dalam tu baru habis facial...segan aih nak salin baju dalam tu so pergi bilik sebelah wakakaka pemalu orangnya Beto ni. Sebab masa pergi spa lagi satu dulu, bilik asing-asing. So ni kan macam sekali...sebab tu malu sikit. :p 

ada 3 katil dalam 1 bilik. Boleh bawak teman! Yay!

Okay facial dah start, adalah dalam 1 setengah jam kot. Tak ingat apa dia tepek kat muka tapi paling sadis masa kena buang blackhead dan masa mask dh keras. Ya Rabbi bila nak buang mask tu rasa macam muka kena simen HAHAHHA. I even told the worker, "Ha nasib baik mata bertutup...kalau tak you nampak la i tengah menangis sekarang ni." Hahaha pedih. Tapi the whole experience was soothing, siap tertidur lagi. It was great. Siap dapat massage lagi, walaupun mini massage. Habis je dapat minum air madu. Rasa nak pergi tiap bulan. *kira duit*

dah setel! muka bulat.

Thank you to husband sebab sponsor. Terima kasih banyak-banyakkkkk!!! Puas hati!! :D
Sejak kejadian itu, saya pun berniat untuk rajin menepek toner kembali. Still pakai serum sebab belum nampak hasil sangat. Lagipun belum sebulan lagi pakai. Tapi kulit tak berapa kering dah. Kalau ada perubahan insyaAllah nak teruskan. Setakat ni okay. :)

Muka kat ofis baru ambil gambar tadi. Nak mekap pun sayang sebab baru balik facial la katakan kikiki.
Tapi kalau sesiapa nak pergi spa, for facial or massage boleh datang sini dan rajin-rajin ushar fb page diorang sebab selalu ada promosi. Pekerja pun professional dan ada banyak cawangan. Saya pergi yang kat Melawati sebab dekat dengan rumah. Yang ada anak tu nak berehat kejap tu boleh ambil masa 2 jam macam tu, pergi spa. Ajak mak ke kawan baik kalau nak teman. Love yourself. Bagi can bapak-bapak spend time dengan anak juga. Hihi. :)

 Okayy nak sambung menyembang kat Whatsapp. :p

No comments:

Post a Comment