Baby Orkid Jameela!! Onyonyonyo!! Geram dengan anak sendiri.
Setahun lebih kahwin saya disahkan mengandung. Me? Beto? Pregnant? Ahaha...pegang baby pun terkial-kial. Sepanjang mengandung tak ada alahan alhamdulillah. Bila tengok muka Orkid, rasa sayaaaangnya terutama bila teringat masa kandungan minggu ke 19 dulu, pernah saya menangis-nangis sampai basah muka sebab tak dengar heartbeat baby. Misi, doktor A, doktor B semua dah canaikan perut saya semata-mata nk cari heartbeat tapi tak jumpa.
Dah pulak, doc kata kemungkinan perlu dikeluarkan dan tak dapat survive. Mana tak meraung? Dalam bilik doc relek lagi, keluar bilik terus hujan tropika. T_T
Alkisahnya sebab saya tak makan pagi tu, so baby lemah...lepas lunch saya direfer ke HKL tunggu sampai 5pm, scan semula dan heartbeat dh ada semula, siap nampak baby melambai-lambai.
Cerita kelahiran Orkid.
39 minggu kandungan, saya mula bercuti. Ajak mama stay rumah. Pendek cerita, harini mama landing KL, esok keluar tanda (sempat jalan-jalan IKEA haha), lusa masuk hospital. Hospital Ampang. Why? Sebab swasta mahalnyaa tak mampuu kalau tiba-tiba czer. Tapi yang menyampahnya adalah every now and then akan ada doktor pelatih datang buat checkup kat kita. Ada sekali tu contraction tengah kuat pun dia datang buat "checkup" lagi. Nasib lah tengah mood baik, and muka budak tu innocent gila. Kalau tak memang kena tempik. (Dahla katil hospital tu pendek. Ngam-ngam kaki kat penghadang. Sobs.)
4pm. Ada lagi doktor datang. Ini pun mintak tempik. Dia cakap, "I tak percaya you dah 3cm. You boleh balik ni. Nanti check semula". Gilo...hang check pun dak tiba-tiba tak percaya. But yes I did re-check and the other doc cakap tak payah balik. IN YOUR FACE! in your face!!! (teringin nak cakap macam tu kat doktor first tu tapi kenalah sedar diri tengah nak beranak so I went with 'yay thanks doc!' walaupun hati tengah bara)
That was 4pm. 11pm check lagi, nope. Still kena lepak dalam wad. 2am, check lagi and, "Ok puan dah boleh masuk labour room ye." Drama. Terus berguguran ayaq mata, sms husband yang dok kat luaq dari tadi sambil slowmo pi kat katil sendiri. Sakit tau dak. Sakit jenih tengah jalan lalala tiba-tiba sakit pinggang terus jadi dawai kokot kat situ jugak.
Alhamdulillah masuk je labour room suami dibenarkan teman sepanjang masa. Tengok jam sepanjang masa. Makin lama makin sakit. Saya tak genggam tangan suami macam orang selalu sarankan. Macam kesian ja nk penyek tangan dia. Chip tak cakap apa sangat dia cuma suruh kuat dan pasangkan surah2. Doktor asyik cakap, belum lagi ye puan, mungkin dalam pukul 8am ye puan. Pastu dia tengok kat kawan dia, "KALAU DAH KELUAR PUKUL 8AM LAH. HAHA." HAHA? Wth doc? HAHA? T______T
Well sekali lagi in your face kepada doktor tersebut sebab pukul 550am macam tu saya dah boleh beranak. 3 kali push, terus dengar Orkid menangis. Soalan pertama tanya kat doktor adalah, "Berapa berat dia?" Tedia...baby baru keluaq belum seminit dah tanya. Tali pusat pun belum potong. Everything was good, baby was given mother's milk as soon she was placed on me. :)
So that's how my baby was born. 13th May 2014, 3.3kg, normal delivery, no jaundice alhamdulillah. Nah belanja satu gambar fresh from oven. Tak pernah letak kat fb. Hiks.
Ni dia mengeliat in sequence. LOL.
Thank you Chip sebab teman selalu dan bersabar dengan bini dia. Sanggup tunggu kat luar wad walaupun tengah malam kat tempat menunggu. Thank you mama sebab datang dari Kulim nk jaga anak bongsu dia ni hikhiks. Salute doktor tu sebab dia seorang saja dalam labour room semasa melahirkan. No nurses at all. Cuma ada dia dan Chip. Oh and FYI walaupun rasa nk tempik tapi saya tak tempik pun hahaha because I'm so sweet liddat. Tanyalah mana-mana misi and doktor yang checkup saya, saya memang kerja dok gelak ja makan pil apa taktau.
Tapi lepas bersalin, ramai tak puas hati? Pasepa? Nantilah sambung. Bila tengah update blog mesti sakit perot. Bila tengah sakit perot mesti nak update blog. -_-
Toodles.
omei nye orkid masa newborn!
ReplyDeletekite nk jumpe dia tak terjumpa oi
huu tapi orkid memang good girl laaa
haha takpe. lgpun awal2 cannot jumpa pun sbb admit. no visitors huhuhu..
Deletehehehe alhamdulillah.
comeyaaa orkiddd tu. rindu bau newborn. hahaha. tu haaaa gmbaq2 ms kt hosp smua ilang. xkan nak lukih balik katil dan sebagaimya. hahahha
ReplyDeletela ni bau ayaq lioq dgn minyak telon ja byk haha...tp still wangi.
ReplyDeleteala boh gambaq newborn helena pun takpaa...