Friday, April 15, 2016

Roast Chicken

Assalammualaikum.


Malam tadi saya berhasrat nak masak. Ya la, jarang masak kat rumah sebab kerja, rajin keluar pastu husband pulak tak makan berat waktu malam. Harusnya tapau aja deh. Mehehe. Lagipun husband tak kisah dia baik. :p

So anyway, hari tu ada lah tengok satu resipi di facebook. FB kan banyak resipi-resipi laju-laju ni, so rasa macam eh eh senangnya marilah kita membeli ayam. Kejap bagi tunjuk hasil dulu. Nampak best kan? Rasa pun best. Tapi habis ke sekor ayam macam ni? Cerita dia macam ni...mulanya nak cari certain parts saja..macam dada ayam sebab Chip suka part tu..tapi tak ada pulak so dia cadangkan beli je la sekor..kalau tak habis esok sambunglah makan hahaha okay if you say so. :p


Nampak macam wow je kan.

Nak buat ni senanggggg sangat. Kita cuma perlu ada:
-ayam
-bawang besar (sebiji)
-kentang (sebiji)
-labu (half)
-butter(half)
-italian herbs
-pepper (tak bubuh sebab takdak n malas beli)
-garam
-garlic
-olive oil

Ada video sebenarnya tapi saya bagitau ringkas kat sini okay. 

Potong bawang 4 bahagian, letak dalam bekas. Letak ayam atas tu. Pastu potong labu dan kentang letak keliling ayam. Cairkan butter dan tuang atas ayam. Taburkan Italian Herbs, garam n pepper (ini saya letak sesedap rasa). Olive oil pulak tuang atas sayur-sayur tadi n gaul2. Okay boleh masuk oven 160c/90minit. Ting! Siap.

Baru masuk oven.

Ok belum siap sebenarnya. Nak menunggu 90 minit tu punyalah lama so saya buat onde-onde pulak. Plannya nak buat malam sebelumnya, tapi tengok tepung pulut tak ada. Laaaa ingatkan ada...kelapa semua dh beli so buat lah malam tadi. Tapi anak dah lapar dan bosan..dia asyik minta nak nyamnyam..ada jugak dia diam-diam makan gula melaka lah, makan adunan tepung  lah. T__T 

last-last bagi kelapa . hahaha. dia makan tapi lepas tengok muka dia macam tu baru perasan kelapa tu tak elok dh sebab lupa masuk fridge awal smlm. T__T
hahaha lawak la muka Orkid wakakaka.

Tapi by the time habis buat tu ayam pun dah siap. Nak mengeluarkan kena baik-baik sebab ada gravy. Disarankan bekas tu boleh isi kuah. Macam kami ni, jenuh juga nak angkat ke meja makan sebab takut tumpah. Dah ada depan mata, jadi kami yang kelaparan makan dululah hahaha onde-onde nanti sambung.

labu tu manis!! patutnya letak brokoli sekali baru nampak kalerful.

Lembut. dan menyihatkan. Tapi kalau nak hidang kat tetamu better siapkan sos black pepper so taklah muak makan ayam sesaje. Lagipun gravy ni manja2 sesuai utk budak. Boleh feeling2 Kenny Rogers. :D
Selesai makan, Chip pun pergi kedai beli nyok. Adoi memang berpeluh la dok dapur dari balik kerja dengan anak dok peluk kaki manjang. Hahahhaa. Siap mandi 2 kali lagi malam tu, bukan saya saja, dengan anak sekali mandikan ha puas hati tengok budak ni aktif bebeno sampai berpeluh-peluh macam dia yang masak. -_-

yay dah siap boleh ngap!
.
Alhamdulillah kenyang. hehe. Btw, untuk masak ayam ni boleh tengok video kat sini. :)

Sekian, terima kasih. (ending tak best)

Tuesday, April 5, 2016

Pernah tak?

Salam. Morning!

Pernah tak berada dalam situasi yang kita tak boleh buat apa? Jadi kita end up simpan...sampailah tak boleh tahan lagi jadi last-last meluahkan. Meluahkan is okay, is just that, benda dah simpan lama...so the outcome is not really nice. We end up telling everything termasuk yang terselit-selit. Yang terpendam sejak zaman dinosaur.

Walaupun dah berniat takmau susahkan siapa-siapa, taknak sakitkan hati sesiapa...tapi terlepas jugak. I need a padlock for my mouth at times. I mean, kalau dengan orang yang disayanglah. Sebab kita taknak bagi dia kecik hati, tapi tu lah. Manusia biasa. -_-

Welps! But then again, kalau dengan orang lain yang tak kenal kita, takkan kita nak jaga hati semua orang, sepanjang masa? Especially at this age. 

Okay pendek je entry ni sebab nak meluah. Hehe. Toodles.


Monday, April 4, 2016

Facial di Yoyoy Kampora Spa.

Assalammualaikum!

Morning monday!! Hehe. Harini nak cerita pengalaman pergi facial di Yoyoy Kampora Spa, Melawati. Rasanya macam tu kot eja.

First of all nak habaq la pi facial bukan selalu n bukan sebab boringnya jom pi facial..haha sebab ada orang cakap iols ni kaya sebab pi facial. Dia taktau ni husband yang belanja and saya pn mana ada beli emas berlian ka apa...facial ja pun so tak payah nak perli orang ni kaya pastu bandingkan dengan orang miskin basuh muka pakai sabun pfft. Last facial pun masa kahwin (2012) and ini cara suami nak bagi isteri happy. Okay.

Dah lama sebenarnya nak pergi spa...so at first memang tengok kat groupon sebab tawaran kat sana memang wow menarik. Tapi honestly kami laki bini tak reti groupon2 ni so akhirnya pakai cara biasa, tengok kat fb untuk promotion and we found this.
   
                                                 
                                                    uuuu...


Yes groupon lagi murah tapi kami tak berani. Hehehe...takut layanan cincai pun ada jugak tapi tu spa lain. Sebab masa pergi 2012 dulu dapat assistant yang teruk...sedih pengantin. T_T

Anyway, saya ambil package facial saja. Nak massage tunggu lain kali. Kenapa facial? Bacalah entri sebelum ni. Kikiki. My appointment pukul 5pm, hari Sabtu. Jadi husband bawak Orkid pergi main kat indoor playground kat Wangsa Walk untuk 2 jam. Father daughter bonding time sementara mama buang blackhead hahahaha k. Blackheads suck. 

baru nak gerak rumah kawan, lepas tu pergi yoyoy. yeyyyoyy!!!

sampai dah. :)
Sesampainya di sana, saya tunggu kejaplah. Dalam tu macam biasalah ada muzik yang menenangkan, dengan bau-bau sedap...pastu dengar bunyi pukpukpuk orang kena tepuk kat belakang badan hahaha. :p Tak sampai berapa minit saya diberikan kain batik and robe untuk dipakai. Masa tu dh fikir, facial je pun kenapa nk kena pakai kain batik hahaha. Tapi layan je lah. Hewhew. Masuk je tempat tu ada lah auntie dalam tu baru habis facial...segan aih nak salin baju dalam tu so pergi bilik sebelah wakakaka pemalu orangnya Beto ni. Sebab masa pergi spa lagi satu dulu, bilik asing-asing. So ni kan macam sekali...sebab tu malu sikit. :p 

ada 3 katil dalam 1 bilik. Boleh bawak teman! Yay!

Okay facial dah start, adalah dalam 1 setengah jam kot. Tak ingat apa dia tepek kat muka tapi paling sadis masa kena buang blackhead dan masa mask dh keras. Ya Rabbi bila nak buang mask tu rasa macam muka kena simen HAHAHHA. I even told the worker, "Ha nasib baik mata bertutup...kalau tak you nampak la i tengah menangis sekarang ni." Hahaha pedih. Tapi the whole experience was soothing, siap tertidur lagi. It was great. Siap dapat massage lagi, walaupun mini massage. Habis je dapat minum air madu. Rasa nak pergi tiap bulan. *kira duit*

dah setel! muka bulat.

Thank you to husband sebab sponsor. Terima kasih banyak-banyakkkkk!!! Puas hati!! :D
Sejak kejadian itu, saya pun berniat untuk rajin menepek toner kembali. Still pakai serum sebab belum nampak hasil sangat. Lagipun belum sebulan lagi pakai. Tapi kulit tak berapa kering dah. Kalau ada perubahan insyaAllah nak teruskan. Setakat ni okay. :)

Muka kat ofis baru ambil gambar tadi. Nak mekap pun sayang sebab baru balik facial la katakan kikiki.
Tapi kalau sesiapa nak pergi spa, for facial or massage boleh datang sini dan rajin-rajin ushar fb page diorang sebab selalu ada promosi. Pekerja pun professional dan ada banyak cawangan. Saya pergi yang kat Melawati sebab dekat dengan rumah. Yang ada anak tu nak berehat kejap tu boleh ambil masa 2 jam macam tu, pergi spa. Ajak mak ke kawan baik kalau nak teman. Love yourself. Bagi can bapak-bapak spend time dengan anak juga. Hihi. :)

 Okayy nak sambung menyembang kat Whatsapp. :p

Friday, April 1, 2016

Nak Bebel Pasal Black Spots.


Assalammualaikum.

Lama sangat tak update. Nak explain kenapa. Haritu ada log out email ni, sebab nak tengok blog lama...lepas tu tak boleh log out KAH KAH KAH loser betul rasanya so lama-lama malas nak betulkan. Ok done explaining. Hihihi.


Anyway, it's 1st April yaw! Yes yes it's April. My birthday month. Maknanya tahun ni dah 26 tahun, so old. 26 tambah 2. Tambah 1. Okay 30. K. Yang tak bestnya I think I look 30 y/o too! Oh man. Dulu sebelum pregnant orang masih ingat lepasan Uni tau..tapi lepas bersalin, POOFF jadilah akak akak dengan tanda penuaan di muka. But that's okay I am trying to fix that. -_-

I am so serious about fixing these spots on my face. So serious but so malas macam mana nk jalan kan Beto kan I'm so funny omg I'm really typing without thinking right now these words just come out from my fingers at maximum speed like no tanda noktah please help me. Anybody has any idea how to fix this and confirm berkesan sebab kalau confirm maybe boleh rajin kot hhahahahah. Right now I'm trying Huna soap bar and Elysian serum. Oh ya kadang-kadang ada sental lemon with sugar tapi macam takut pulak lemon tu memburukkan lagi? (Padahal baru buat 2 kali). Sebenarnya taktaula apa depa panggil tapi rasanya black spots kot? Nak post gambar tapi rasa buruks so nah. :p

Okay maybe ONE picture kot-kot la for future reference. Ini fresh baru ambil tadi.
Kenapa dalam ni tak clear sangat?

                    
                                 Hahaha muka ni lawak tapi sebab nak tunjuk bagi clear, mak sanggup. Wakaka.




















Okayy memang tak ada masalah lain macam jerawat and all tapi kusam okay kalau tak pakai bedak. Bawah hidung tu resdung ke apa I know nothing about resdung tapi apa tu merah-merah. Minum air bergelen-gelen 2-3liter per day tapi...sobs. Kalau tengok life agaknya lagi clear the spots kat hidung tu macam bercapok walaupun husband cakap real life better lagi. 


Anyway, doakan berjaya dalam misi kali ni. Nak istiqomah dalam proses penyentalan. Esok nk pi facial heheheh thak you sayang sebab sponsor. Mengada betul rasanya tapi sebabnya nak ada konfiden. Stress tengok muka kusam...huhuhuhu menangis di bucu katil sambil sental lemon di muka.

Okay bye!

p/s : Lol baru perasan pi post 2 gambaq tadi kata satu kasdnjandkjndkanjda