Friday, August 7, 2015

Goodbye Kancil Biru

Assalammualaikum.

Yes I'm still driving my kancil. Kancil petak, kancil yang setia menemani zaman kolej. Pernah terfikir nak jual, tapi sebab sayang punya pasal, my mum pun sayang nk jual so we decided to keep it. Walaupun ramai cakap tak sesuai hokkeiii sebab pemandu tinggi. Okay lagilah dari abang 2nd saya yang drive, bak kata abang sulung...



                                Ya, macam dalam filem Harry And The Hendersons. T__T 

Lama tak tengok movie ni. 

So anywho, kancil ni dah lama rasanya dah over 10 years old, accident dah 2 kali agaknya kena langgar dari belakang sobsob tapi masih lagi power untuk ulang alik KL-Kedah ya. (for a kancil hehe). Disebabkan lama lah, cat kancil ni dah mula merekah dan jadi buruk terutama kat bumbung dia. Kalau tengok dari atas macam ada design hehehe. So my mum suggest that we should repaint the car. Tapi honestly Kancil kalau cat, susah nk pilih warna kot sebab semua akan end up rempit. T_T

Mula-mula plan nk somewhat red almost orange tapi warna tu tak ada dalam katalog. Oh ya before anything let me say this I'm so not a blue/green person so let that pass. Lepas tu ternampak gambar ni kt twitter, ha ngahaha bukan sebab warna sangat tapi sebab well Tun Aminah pun naik Kancil pink so why not hahahaha and yes also sebab Orkid suka warna pink.


This is super cute.

Tapi! My syarat is, kalau cat warna apa pun, nak blend in with krom. Maksudnya handle kereta krom ke, anything lah yang bagi balance. Contohnya macam vespa ni la tengok ada pink n silver kan nice tu.

So lepas dah confirm nak warna apa and dah ada 2nd plan kami pun carilah bengkel cat. Ada pergi kedai cat yang viral konon murah tu, tapi dia mintak RM1.8k ayo amaa mmg over budget and tu pun cat saja, tak ketuk ka apa lagi. Sobs...and cuma boleh hantar tengah bulan Ogos, anddd tak sure bila boleh siap sebab 'cuaca'. Lambat sangat. After a while Chip jumpa satu bengkel ni, area Ampang jugak tengah buat promotion RM1.6k for all cars.  So we decided to go there. Esok jugak hantar, guess what, tak sampai seminggu dah siap.

Tadaaa!!

Pinky gila. Tapi dia lupa nak krom. I iz sad. Nasib dia kata boleh hantar balik kalau nak krom.
Goodbye kancil biru. I'm gonna be missing you.
Puas hati tak? Hm not quite. Maybe nk tone down the pink sikit. This is actually soft pink tau. Tapi nanti-nantilah. Aircond pun kena repair ni sebab berasap kat MRR2 haritu. T_T Oh ya, disebabkan cat baru, ada member dah keji iols. HAHA sebab pink. Moral down kejap. Katanya tak sesuai dengan persatuan sayap kiri. Wth man! I'm a mom now I should be gugurl. Bahahhaahahaahha! 

Toodles!

p/s: why? because it's mine, not yours. :)

Tuesday, August 4, 2015

#kongsirezeki


Assalammualaikum people.

Salam Syawal and I'm not too keen on updating my raya moment because of reasons. Baju ketat kat tangan, and I don't really have dozens of photos anyways soo nyeh.

here's my face due to the ciwiness of a new app, and sesuailah dengan entri ni lol no?
As we all know, we are not in a secure state of what is happening in our beloved country. Kalau beloved lah, for now nak love pun rasa geram geram gitchu kan ha ha okay moving on. I'm talking about erm how to say this, oh ya, 'semua dah mahal sekarang dan I barely have no saving and die lah kalau tak jadi kaya dalam masa terdekat.'. Well tak mati lah tapi you get what I mean kan.

Dalam kepala sekarang cuma fikir macam mana nak menyimpan duit dan pada masa yang sama, cukupkan apa yang perlu. Terutamanya untuk yang berkeluarga. Tbh dalam bank sekarang asyik keluar masuk, shopping untuk diri sendiri berapa kali dah tertangguh you tell me? Oklah mungkin ada yang cakap 'tak payahlah hoi shopping cuba sabajap' like no I need to shop once in a while sebab saya sejenis spesis perempuan yang sangat jarang shopping. 

Sebenarnya kita ni ada duit tapi sentiasa rasa tak cukup. Ada duit, bukan banyak duit. Cuba bandingkan dengan orang yang gaji rendah dari kita. Fikir macam mana dia survive, kita ada lebih RM200, dia kalau boleh nk RM50 saja lebih, or maybe RM10, nak beli roti untuk dinner malam ni. Even while I'm typing this, I still fikirkan pasal orang yang 'kata tak ada duit, tapi rumah lagi besar dr rumah aku. Cuih!" teruk perangai. Okay now turn that around dan fikirkan pasal orang lain yang rumah dia lagi kecik dari kita. Kita tak perasan pun most of the time.

Apa kata bila ada rezeki lebih, walaupun 'sikit' pada kita, kita belanja sesiapa yang memerlukan. 

Tu je nak cakap. 

p/s : jom #kongsirezeki



Tuesday, June 16, 2015

Mari Menyelamatkan Kulit Anda!

Assalammualaikum,

Lamanya tak update! Wow!

Ni curi masa sikit kat ofis untuk update. Ha harini nak cakap pasal beauty routine, yang sebenarnya ada certain tu baru start sebulan ja hahaha..sebelum ni macam biasalah nekad nak disiplin last-last ke laut. Harap-harap kali ni dapat istiqamah la ye ok Rabiatul? :p

First thing first, nak bagitau yang kulit saya ni alhamdulillah bebas jerawat. Kalau ada pun mungkin setahun 3-4 kali kot. Tapi kalau bintik hitam, warna tak sekata, huge pores, kulit kusam semua tu memang champion. Kalau orang cakap saya kulit cantik tu hahaha confirm tengok gambaq myspace atau jumpa masa mekap atau pling! edit. Bab penjagaan kulit ni, jaga makan memang tak pernah lah sebab rezeki makan apa pun tak naik berat so memang tak terfikir tiba-tiba nak jaga makan untuk kulit lewl. Cuci muka pakai pencuci biasa ja lah...kalau rajin scrub lepas tu malas dh. Kalau pasal minum air pun, huh memang dari sekolah kadang-kadang siap boleh lupa nak minum even segelas air. Punya teruk. T_T

Okay malas nk taip dalam perenggan sebab nanti berterabur percayalah.

1) Air kosong
Dulu memang saya tak minum air kosong. Tak suka, tak boleh telan lebih dari 2 gelas pn. Tapi sejak kahwin ni mama n mama mertua selalu tegur...so saya pun berusaha, dengan syarat air tu siap dalam botol, bukan kena pi water dispenser ka apa sebab memang berhabuk lah water dispenser tu. Jadi saya beli botol air 2+liter, dekat ofis 1+liter pagi, and 1+liter petang. Malam lain cerita. Sungguh gigih. 

2) Jerawat?
Jerawat ada, masa sekolah. Punya dasyat siap ada bekas garu, nampak macam gengster kampung. Bila ada jerawat, saya pakai satu pencuci muka ni ja. Tak berapa suka sebenarnya sebab tak cuci bersih tapi works like magic untuk jerawat. Malah morah. Tapi skrg tak pakai dah la sebab konon-konon nak try hat best sikit n jerawat pun takdak alhamdulillah. 

Ni dia Safi Gamat memang fav dikala penjajahan jerawat. Silalah cuba.

3) Set Penjagaan Wajah
Ok bila cakap pasai set ni, maksud dia pencuci, scrub, toner, krim sana, krim sini etc. Saya tak pakai hat mahai2 okay. Banyak benda lain lagi nak beli pampers la baju anak la memang tak dapat lah nak membeli mahal-mahal. Dulu saya ada pakai Sakura White, tapi harap maaflah memang pakai sebulan dua saja sebab krim siang/malam dia tak sesuai dengan saya...mencair bila kena panas...muka pun tak pink, muhungnya depa. :( 

Lepas tu saya dapat gaji terus cari habuan baru...

Bio-Essence Hydra Tri-Action
Ha saya beli ni dalam RM70 kot...ada 3 saja, yang kiri sekali tu takdak. Setakat ni okay, tak plan nk tukar lagi. Krim dia pun tak cair malah rasa best n lembap ja kulit. Lepas tu saya nak cari serum pulak, tapi dalam set ni tak ada serum. Terpaksalah cari produk lain untuk serum. Cari punya cari terjebak dengan salesgirl sorang ni kat Watson haha. Beli serum dapat toner free yey. Tapi saya pakai serum ja la..toner dah ada takkan nak tepek banyak kali kan. :p
Tiba-tiba serum Safi Rania Gold haha!
Anywho, serum ni saya taktau keberkesanan dia lagi. Tak pernah pakai serum sebelum ni hehe. Tapi pakai bestlah, elok ja meresap kat kulit. Oh btw scrub pun saya beli Rania Gold.

4) Mask
Macam mengada tapi saya pakai mask sebab ramai bagi free. :p
Bila saya pakai mask husband pun nak join sekali. Hahaha. Bila lepas pakai mask mesti rasa fresh, saya suka pakaiii tapi nak beli punyalah malas..kecuali bila ada sale. Tapi bila rajin memang saya buat sendiri je. 

- putih telur + tisu
- putih telur + tomato + tisu 
- plain yogurt

teringin nak buat dengan buah-buah lain tapi selalu termakan dulu sebelum buat.

5) DIY Scrub
Okay walaupun dah ada scrub, tapi sebab kegigihan tu ada, saya kadang-kadang buat scrub sendiri. Tapi hasilnya sangatlah best, jadi fresh dan gebu la sat hahaha tapi dengan syrat jangan buat selalu kalau takmau kulit rosak. Oh ya, ni kena ada berus gigi la okay, beli hat soft punya.

- ubat gigi + garam (letak ubat gigi atas berus, letak garam dan gosokkan slow2, jgn kasar, tapi pedihnya di sini.)
- lemon + gula (potong lemon, tabur gula dan sapu di muka slow-slow)
- lemon + madu (potong lemon, letak madu dan gosok, slow-slow jugak okay)

fyi, tak semua orang boleh pakai lemon...ada yang sensitif, ada yang works like magic! honestly saya pernah cuba yang ubat gigi tu je sebab lemon dah habis husband buat air detox yang famous kat fb skang ni haha. btw mask ni, hasilnya memang best!!! Oh ya satu lagi DIY saya buat adalah untuk hilangkan eyebag, baru start 2 hari jadi tak dapat nk komen lagi. 

-teabag yang dah digunakan, letakkan dalam fridge. letak di bahagian mata untuk beberapa minit.
-simpan sudu dalam fridge, keluarkan bila sejuk dan tekapkan ke mata untuk beberapa minit.

TBH aku buat yang sudu saja sebab takdak teh kat rumah. LOL.

6)Supplemen
Dah lama stop sebenarnya, tapi sejak beberapa hari lepas saya start balik. Kali ni cuba produk baru. Ni pun salah satu sebab saya minum banyak hari-hari. Hiks. Ha kalau nak beli boleh klik sini --> PERSKINZ

Apa itu Perskinz??
Perskinz adalah campuran IBU mutiara yang 100% SEMULAJADI dengan COLLAGEN + VITAMIN C berkesan dalam memutihkan kulit SELURUH BADAN, kulit jadi lebih glowing, berseri dan gebu gebass!!
Kenapa perlu amalkan Perskinz?
Kerana Perskinz mampu
-Memutihkan kulit seluruh badan
-Menghilangkan parut jeragat
-Menaikkan seri wajah
-Menegangkan kulit
-Melambatkan proses penuaan
-Meningkatkan keanjalan kulit
-Memperbaiki kulit rosak
-Mengurangkan minyak yang berlebihan
-Kulit jadi lebih gebu dan anjal
-Mengatasi masalah rona tidak sekata
-Menggalakkan penghasilan kolagen

Tada!! Sebijik sehari sebelum makan. :)
Hasilnya? Ok ni tak pakai iPhone okay, jadi kamera harap maklum hahaha. Ambil gambar pun tempat sama sebab kat ofis hehe. Muka saya memang ada bintik-bintik, especially lepas bersalin lagilah clear. Yang kiri tu dalam sebulan dua lepas, yang kanan latest. Yang tudung hitam tu baru tadi snap hehehehe. Dari segi kulit saya tak tau la nampak beza tau tak tapi kulit nampak lagi cerah ha nampak tak nampak tak. :)

Tanpa mekap.
Dengan mekap.
Okay nak sambung kerja, banyak kerja ni sempat lagi update blog. Semoga saya teruskan usaha menggebukan kulit hahaha, sebab dok jeles tengok member kulit cantik. Ini baru sebulan kot. Itulah lain kali start dari awal (lain kali celah mana), ni dah nak 30 baru nak gegeh, Anyway, wish me luck! 

Thursday, April 30, 2015

Sesembang

Salam.

Alhamdulillah hasrat suami saya nak keluarkan komik sendiri dah tercapai. Banyak kali dia sebut-sebut, akhirnya memang Allah dah tetapkan rezeki dia.

Ok nak cerita macam mana start.

Mulanya Chip ni cuma suka buat vector saja. Sejak zaman tok naduk memang dia dok post la vector dia...sebelum kahwin lagi. Saya la antara yang suka mintak vector free HAHAHA tapi tak pernah dapat. Dah couple baru dapat okey. Anywho, lepas kahwin saya cadangkan dia buat page...sebab bagi saya dia ada talent, why not kan...dia pun hmm okaylah, fikir-fikir nama, dapatlah MM Vectoristic dan mulanya nak pakai kejap ja nama tu sementara nak fikir nama baru.
Ni masa nak ngorat hahahaha

:)

So kami pun postlah vector dia yang lama-lama zaman dia study. Ada few likers...20 likes pun kami teruja dah. Hehe. Sampailah satu hari dia post komik 1st Sesembang.

Sesembang 1#

Masa tu tempat dia dekat dengan water dispenser. Tapi macam kosong kalau ada satu benda tu so dia tambahlah pokok bagi kawan kat water dispenser tu. LOL. Dipendekkan cerita, Chip yang tengah bosan kat ofis masa tu...isi masa lapang dengan Sesembang...setiap kali ada isu. Ha nampak kan kat mana pergi jalan cerita ni? Okay so setelah beberapa tahun alhamdulillah ramai yang suka komik Chip...dan hasil perbincangan dengan sorang kawan Chip ni, dapat persetujuan dari Dubook untuk terbitkan komik Sesembang. Sekian. (pendek ja intro sebab nk fokus Sesembang haha)

Belum habis.

Jadinya entri ni dibuat sebab nak suruh korang belilah. Buat pengetahuan semua, komik ni kompilasi dari tahun 2012 dan setiap komik berdasarkan isu semasa yang berlaku pada waktu sekian-sekian. Hihi. Buat yang menyokong sila teruskan menyokong sebab kalau tak ada orang like tak adalah komik ni. Boleh dapatkan di booth Dubook di PWTC pada 24 April 2015 - 3 Mei 2015. InsyaAllah 2 Mei nanti kami ada sana jugak untuk pelancaran DubookKahKahKah. Tapi saya diri tepi-tepi ja la. Watak tambahan la katakan hahahaha.




antara buku-buku baru terbitan Dubook Press yang boleh didapati di pesta buku.

Kalau tak dapat datang PWTC boleh order dari saya...no problem! Boleh klik SINI dan PM "saya nak order bang!" nanti kami reply. Hiks. Harga RM26 inc postage.

Ni antara yang kami nak pos sendiri. Alhamdulillah. Nampak tu ada watak kami satu family? Hihi. Kalau nak tahu apa isi kandungan kena lah beli.


Entri blog disudahi dengan kek sponsor dari Ixalicious dan TREETSHIRT CONNECTION .Sedap gilo. Terima kasih banyak-banyak sebab sponsor. Saya selalu saja-saja order Choc Cheese dari depa ni sebab kebulur. Ya, saja-saja sebab terliur. -_-

                                               

p/s : doakan kami ya? :)

Friday, April 24, 2015

Orkid dah nak setahun. :O

Assalammualaikum.

Lama tak update. Malas punya pasal. Huahuahua. So marilah update pasal baby Orkid.
Orkid dah 11 bulan lebih. 


1- Orkid belum boleh berjalan sendiri. Dia boleh berjalan tapi kena pegang sofa ke..kerusi ke...haaa lepas tu sengih sorang-sorang. Dia merangkak pn start 11 bulan tapi serentak dengan berdiri. Kira masuk ja 11 bulan macam-macam skill dia dapat.

2- Suka makan. Dia makan lunch bubur nasi, petang makan buah (still puri sebab mama baba terlebih rajin), malam bubur nasi. Nampak ja bekas makan dia mulalah bergegas datang. Start 7 bulan dah tak blend bubur sebab dia suka kunyah. Alhamdulillah.

3- Suka minum air tapi nak pakai cawan macam orang besar,. Ha takpala janji dia minum air kosong. Lately berak pun 3 kali sehari. Good girl!

4- Still DL dengan mama even jalan-jalan. Kat rumah memang tak ada botol. Kat rumah pengasuh ja ada botol. Masuk setahun plan nk bg fresh milk.

5- Dia ada satu doll kitorang panggil Dolly. Nak dia bg nama sendiri nanti. Kalau nampak doll tu dari jauh dia dah jerit gugurl2 macam jumpa bff lepas tu datang nak hug doll tu.

Cara Orkid kiss mama baba. Haha.

6- Suka memanjat mama n baba. Adil pulak tu. Lepas datang kat baba, nanti dia datang kat mama...ulang-ulang. Kalau datang kat mama lama-lama tu ha nk susu la tu.


7- Timing tidur masih sebelum 12am, bangun dalam pukul 7am, main2 kejap...pukul 8am+ dia akan mintak susu untuk tidur balik. Dah tahu dah timing makan minum dia. Bijak betui.

8- Tak boleh kena tinggal sorang. Nanti meraung bergegar satu rumah. Tapi bila nampak orang datang terus stop nangis n tatatatatata balik macam tak ada apa yang berlaku.

9- Orkid ni kalau dia jarang masukkan bendasing dalam mulut. Kalau kitorang tengah makan pun dia tak kacau tapi buat muka kesian atau buat kunyah-kunyah invisible food. Masa ni la kena bagi mainan atau buku kat dia. Suka betul baca buku. Pagi beli magazine, petang dah koyak rabak. T__T


10- Suka sangat orang melayan dia. Kalau nampak budak-budak, lagilah dia happy.

Ha cukuplah buat masa sekarang. Ni muka paling latest.




Toodles!

Tuesday, April 7, 2015

Sabar.

Assalammualaikum.

Saya ni pemarah orangnya. Masa sekolah rendah, kawan-kawan tengah bercakap tentang apa yang patut kami berubah. Ada yang kena kurangkan jerawat, kurangkan berat, saya pulak orang suruh kurangkan marah. So saya sekarang memang tak marah, kerjanya asyik merepek, gelak-gelak, kurangkan tarik perhatian dari orang etc. Tapi, jangan ambil ringan dan buat saya marah. I will defend myself at some point. You might see me as weak, but you wouldn't want seeing me mad. 

Thankfully the angry side of me dah balance dengan my maturity. Thank you sabar! Lol!!

Thank you for the 'LOL'!! See kan dah tak jadi post marah-marah.

Okay Imma go weewee now.

Wednesday, March 11, 2015

Soalan Cepumas Sepanjang Membesarkan Orkid

Assalammualaikum.

Orkid dah hampir 10 bulan. Lagi 2 hari to be exact. Sepanjang ada Orkid ni ramailah yang tanya soalan-soalan common macam mana saya besarkan Orkid. Ok sini saya listkan soalan dan jawapan. 

1. Orkid tidur sendiri atau kena dodoikan?
Kena susukan. Tak dodoi. Baba dia saja yang pandai dodoikan. Haha. Tapi kalau mengantuk sangat dia tidoq sendiri jugak...lately dia suka lentok kepala kat mama dia, ala-ala bantal gitu.

Ha ni la pesen Orkid berbantalkan mama. Berbantalkan kaki, tangan, perut janji berbantalkan mama. Mulut comot sebab makan prun. Esoknya berak berbundle-bundle. 


2. Naik buai tak? Cot?
Masa pantang tidur buai sebab asyik melekap dengan mama dia. Kalau letak confirm nangis. Tapi lepas pantang dia takmau buai dah. Dia suka tidur bawah. Kalau malam-malam tidur satu tilam dengan mama dia (mama tidur sopan santun seketul dari kecik so tak ada masalah). Kalau terjaga cuma susukan secara mengiring atau bagi lengan kat dia, nanti dia peluk macam bantal n sambung tidoq.

Kalau dalam kereta, saya kena susukan dia dulu..lepas tu pindahkan dalam babyseat. Plannya bagi susu sebelum masuk kereta...tapi..
...satu ja ...bila dia dalam carseat, kalau dia tiba-tiba nak susu kami mana nk tau. sebab dia tak bg hint clear sangat bila nk susu. sama ja dia nangis. so ni teghiak untuk susu atau takmau dok carseat cuba teka? kami pn taktau yeyy!!! nak taknak kena la susukan dia jugak dalam kereta. sanggup ka tengok anak nangis lapaq sepanjang perjalanan, RnR lagi setengah jam? tak kot. lainlah kalau bagi botol.

oh btw hasil kajian mendapati masa ni dia nk tidoq...bagi susu terus zzzz. lepas tu pindah carseat tidoq 2 setengah jam. DUA SETENGAH JAM.

3. Suka digendong?
Biasa ja. Tak mintak-mintak didukung. Mak bising jugak dulu sebab selalu tak letak dia kat bawah masa pantang tapi alhamdulillah Orkid steadyyyy...

4. Selalu menangis tak?
Nope. Masa pantang mak ajar kalau baby nangis, jangan biar dia nangis lama-lama nanti dia terbiasa. I follow ja...hahaha. Masa pantang tiap kali dia nangis mesti saya angkat. Tak sempat nak panaskan enjin hahahaha.

Happy baby.

5. Walker?
Walker kat rumah pengasuh saja...tu pun start 8 bulan. Kalau tak dia akan mengesot ke seluruh pelusuk rumah pengasuh. Mula-mula tak bagi tapi takpalah kat rumah pengasuh ja pn. Herr...

6. FM?
Kat rumah pengasuh saja...kalau dengan saya 100% direct feeding. Saya tak pam dah sejak masuk berapa bulan entah sebab pam rosak. Tapi alhamdulillah Orkid kenyang yey. Yang penting hari-hari minum air masak banyak-banyak kat ofis balik terus df baby. Nescaya kenyang terlampau sebab bengkak kahkahkah.

7. Kalau makan kat luar macam mana?
Babychair! Dulu dia takmau sebab kami tak ajaq...bila masuk 5 bulan barulah kami gegeh letak..nangis lah budak tu. So kami bagi dia biskut tiap kali masuk babychair...lama-lama dia ok. Kalau dia boring sangat dia mintak angkatlah. Benda kena ada kalau dia start bosan, bagi dia menu. Hahaha.

Ya menu. Sampai satu masa nanti dia akan campak menu ni sebab bosan order tak sampai-sampai.

8. Carrier/stroller
Both. 
Weol pakai Ergo. Hiks. Baba ja pakai. Mama tak feel la pakai ni. Haha.

9. Bedak? 
Tak boh bedak...bau baby ada lagi walaupun dh 10 bulan. Letak krim BUDS saja.

Banyak kedai dah stop jual yang ni. Huuu...kena menjelajah semua mall baru jumpa.

10. Orkid dah start makan? Bagi nestum? Ada alahan?
6 bulan. Orkid cuma makan makanan mama dia buat tiap hari. Bubur blend sampai 7 bulan saja. Setakat ni alhamdulillah tak ada alahan, telur pn dah bagi. Dia cuma tak boleh makan cous2 sebab sembelit. 

Yey berjaya ajar dia minum ayaq masak banyak-banyak. Minum please so tak payah sembelit.

Orkid minum pakai cup ni. Tak senang tumpah.

11. Makanan travel macam mana?
Hui ni kami dok struggle lagi sebab cous2 dia tak boleh walaupun dia suka. Haha!

12.Kesihatan dia macam mana?
Alhamdulillah dia jarang sakit. Kalau demam kami letak kain+air asam jawa...esoknya okay dah. Kalau dia batuk/kahak, kami buat rawatan stim, mandikan dengan air lemon. Bagi kasih sayang...cewah!

13. Dia tak cabut nooo kalau pakai topiiii
Hahahaha ni soalan apa taktau..ha dia okay ja pakai topi ka apa. Takdak tips. Sekian. HAHAHA.


Ok setakat ni tu ja soalan terlintas dalam kepala yang selalu saya dapat. Sekarang saya mahu pergi toilet dan bersiap untuk balik rumah. Ada apa-apa soalan boleh tanya InshaAllah saya jawab. Tapi janganlah soalan untuk 10 bulan ke atas hahahahaha. :p

Tips paling best : Masa baby dalam perut rajin-rajinlah berpesan kat dia, dah keluar pun pesan jugak. 

Kbai.