Tuesday, September 23, 2014

Giving Birth to Baby Orkid




Baby Orkid Jameela!! Onyonyonyo!! Geram dengan anak sendiri.

Setahun lebih kahwin saya disahkan mengandung. Me? Beto? Pregnant? Ahaha...pegang baby pun terkial-kial. Sepanjang mengandung tak ada alahan alhamdulillah. Bila tengok muka Orkid, rasa sayaaaangnya terutama bila teringat masa kandungan minggu ke 19 dulu, pernah saya menangis-nangis sampai basah muka sebab tak dengar heartbeat baby. Misi, doktor A, doktor B semua dah canaikan perut saya semata-mata nk cari heartbeat tapi tak jumpa.

Dah pulak, doc kata kemungkinan perlu dikeluarkan dan tak dapat survive. Mana tak meraung? Dalam bilik doc relek lagi, keluar bilik terus hujan tropika. T_T

Alkisahnya sebab saya tak makan pagi tu, so baby lemah...lepas lunch saya direfer ke HKL tunggu sampai 5pm, scan semula dan heartbeat dh ada semula, siap nampak baby melambai-lambai.

Cerita kelahiran Orkid.

39 minggu kandungan, saya mula bercuti. Ajak mama stay rumah. Pendek cerita, harini mama landing KL, esok keluar tanda (sempat jalan-jalan IKEA haha), lusa masuk hospital. Hospital Ampang. Why? Sebab swasta mahalnyaa tak mampuu kalau tiba-tiba czer. Tapi yang menyampahnya adalah every now and then akan ada doktor pelatih datang buat checkup kat kita. Ada sekali tu contraction tengah kuat pun dia datang buat "checkup" lagi. Nasib lah tengah mood baik, and muka budak tu innocent gila. Kalau tak memang kena tempik. (Dahla katil hospital tu pendek. Ngam-ngam kaki kat penghadang. Sobs.)


4pm. Ada lagi doktor datang. Ini pun mintak tempik. Dia cakap, "I tak percaya you dah 3cm. You boleh balik ni. Nanti check semula". Gilo...hang check pun dak tiba-tiba tak percaya. But yes I did re-check and the other doc cakap tak payah balik. IN YOUR FACE! in your face!!! (teringin nak cakap macam tu kat doktor first tu tapi kenalah sedar diri tengah nak beranak so I went with 'yay thanks doc!' walaupun hati tengah bara)

That was 4pm. 11pm check lagi, nope. Still kena lepak dalam wad. 2am, check lagi and, "Ok puan dah boleh masuk labour room ye." Drama. Terus berguguran ayaq mata, sms husband yang dok kat luaq dari tadi sambil slowmo pi kat katil sendiri. Sakit tau dak. Sakit jenih tengah jalan lalala tiba-tiba sakit pinggang terus jadi dawai kokot kat situ jugak.

Alhamdulillah masuk je labour room suami dibenarkan teman sepanjang masa. Tengok jam sepanjang masa. Makin lama makin sakit. Saya tak genggam tangan suami macam orang selalu sarankan. Macam kesian ja nk penyek tangan dia. Chip tak cakap apa sangat dia cuma suruh kuat dan pasangkan surah2. Doktor asyik cakap, belum lagi ye puan, mungkin dalam pukul 8am ye puan. Pastu dia tengok kat kawan dia, "KALAU DAH KELUAR PUKUL 8AM LAH. HAHA." HAHA? Wth doc? HAHA? T______T

Well sekali lagi in your face kepada doktor tersebut sebab pukul 550am macam tu saya dah boleh beranak. 3 kali push, terus dengar Orkid menangis. Soalan pertama tanya kat doktor adalah, "Berapa berat dia?" Tedia...baby baru keluaq belum seminit dah tanya. Tali pusat pun belum potong. Everything was good, baby was given mother's milk as soon she was placed on me. :)


So that's how my baby was born. 13th May 2014, 3.3kg, normal delivery, no jaundice alhamdulillah. Nah belanja satu gambar fresh from oven. Tak pernah letak kat fb. Hiks.

                                                        Ni dia mengeliat in sequence. LOL.

Thank you Chip sebab teman selalu dan bersabar dengan bini dia. Sanggup tunggu kat luar wad walaupun tengah malam kat tempat menunggu. Thank you mama sebab datang dari Kulim nk jaga anak bongsu dia ni hikhiks. Salute doktor tu sebab dia seorang saja dalam labour room semasa melahirkan. No nurses at all. Cuma ada dia dan Chip. Oh and FYI walaupun rasa nk tempik tapi saya tak tempik pun hahaha because I'm so sweet liddat. Tanyalah mana-mana misi and doktor yang checkup saya, saya memang kerja dok gelak ja makan pil apa taktau.

Tapi lepas bersalin, ramai tak puas hati? Pasepa? Nantilah sambung. Bila tengah update blog mesti sakit perot. Bila tengah sakit perot mesti nak update blog. -_-

Toodles.

Wednesday, September 17, 2014

Beto.

Salam.

Harini entri bahasa melayu sebab baru lepas makan nasik lemak. Aura-aura orang melayu masih berbau di mulut. Kayh.

Kenapa Beto?
Malas nk explain tp takpa kita explain jugak sebab takmau orang cakap kita gedik pakai nama Beto sebab minat Beto Kusyairy. NO. Masa sekolah rendah, kawan-kawan suka ejek nama saya..Rabiatul...depa kata Roberto Carlos. Alaaa yang main bola untuk Brazil tew. 


Tada! Hi my name is Roberto Carlos and I will kick you like a ball.

Hakikatnya saya tak suka kena ejek macam tu. Sangatlah tak suka. Tapi pada masa yang sama, saya jugak rimas dengan soalan, "Nama awak panjang sangat, ada nama pendek tak?" Nama pendek dari Rabiatul Adawiyah? RAB? RABI? ATUL? ADA? WIYAAAA? BABY? (auw) tak best. noktah. Kakak siap pernah buat emel untuk saya. cat_dawie@hotmail.com. Cat sebab kunun2 suka kucin la..dawi sebab..takdak nickname. wjdnsswjhsbfhwgebidfgnwui dawi? Nak bagi kat orang pun segan..T_T Guna IRA pun pernah. Geli-geli okay nk pakai. Tempoh bertahan dengan nama tu : setengah hari.

Dipendekkan cerita, masa form 6 nk kena buat jadual tugasan. nama Rabiatul tu tak muat kt kad manila tu (nk letak nama dan gambar semua student) so saya start la pakai nama Beto. Terpaksa...terpaksa punya pasal lama-lama suka...kolej sampailah sekarang kat ofis pun pakai nama Beto. 


kurang lebih macam ni la jadual tu. kesian orang sebelah. tapi lagi lawa lah sebab dulu-dulu kan ada pertandingan kelas ceria. 

Jadi sekarang ni saya kerja P.A...p.a ni kena la nama sweet2 macam Siti, Ain, Celine...ni kesian bos ada P.A nama jantan. Terpinga-pinga client cari mamat Mexico kat ofis. Hm.

Tapi bukanlah nk deny nama sendiri. Panggillah Rabiatul, tak kisah pun. Hampa la dok komplen panjang. Saya okay ja. Nama sufi kot. Lagi kan elok guna nama sebenar untuk mendoakan. Kan kan kan. :p

Ok nanti kita cakap pasal benda len pulak, saya sakit perot ni babai.

Monday, September 15, 2014

First Entry

Salam.

Entri Pertama.  :D

This is my blog yang ke berapa ntah! Yes! ke 3 kot. Last time masa belum kahwin lepas tu stop sebab malas. How honest am I?! Just so you guys know, my blog will be in English and Malay and loghat utara as well. Depends on my mood.

My name is Rabiatul Adawiyah bt Abdul Rahman. I am a working mom, living somewhere in Ampang, married to a wonderful man and currently in love with my 4 months old daughter. In love as in memory card telepon dh 5-6 kali kena buang selfie sendiri sebab muka anak lagi berharga. (muka sendiri bintik2 please)

Instagram toksah dok kata la gambaq berjuta tapi followers secoet.

Kenapa nk tulis blog balik? 

-I need activities!
-I need a diary. I'm super active in social media, sampai semak newsfeed orang, so nk medium lain untuk yang nk baca saja. Namo baca takpew.
-I love writing. :D

Will try to be active in blogging. Hiks. Malu la nk blogging2 ni lepas dah berzaman hahahahahahahha somebody kill me with tomatoes BYE.